Lamanfo.com

Laman Informasi

PENGELUARAN KWSP UNTUK RAWATAN KESUBURAN



KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF).



Ianya telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Belanjawan 2020 dengan tema Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama dan berkata bahawa pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000, yang diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit serius, akan diperluaskan untuk merangkumi kos rawatan kesuburan.

“Hari ini kadar kesuburan di Malaysia menurun dengan ketara daripada 4.9 bayi pada tahun 70-an kepada 1.9 bayi bagi setiap wanita, iaitu di bawah paras penggantian,” kata beliau.

Sementara itu, Guan Eng berkata mulai Januari tahun depan, MySalam iaitu skim perlindungan kesihatan takaful percuma akan dipanjangkan kepada perlindungan ke atas 45 penyakit kritikal, termasuk penyakit terminal dan polio, berbanding hanya 36 penyakit sedia ada.

Guan Eng berkata MySalam turut memanfaatkan kepada individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000. Mereka akan menerima bayaran penyakit kritikal sebanyak RM4,000 dan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, apabila diagnosa dan dimasukkan ke hospital kerajaan.

9


“Ia juga diperluaskan kepada individu yang berumur sehingga 65 tahun berbanding dengan 55 tahun sekarang, yang akan memberi manfaat tambahan kepada 1.5 juta individu,” katanya.

Dalam pada itu Guan Eng berkata kerajaan akan memperluaskan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) kepada individu yang berumur 40 tahun dan ke atas mulai tahun depan.



Jelasnya setakat ini, 100,000 individu memperoleh manfaat daripada inisiatif itu yang menyediakan pemeriksaan dan intervensi awal, bagi mengesan penyakit tidak berjangkit, seperti kesihatan mental dan kanser untuk mereka yang berusia di antara 50 hingga 60 tahun.

Semakan Peka B40


Sumber: Berita Harian, Jabatan Penerangan Malaysia, Youtube

Catat Ulasan

0 Ulasan