PENIPU PERMAINAN FORTNITE DIHARAMKAN BERMAIN SEPANJANG HAYAT.

Lamanfo.com

Laman Informasi

PENIPU PERMAINAN FORTNITE DIHARAMKAN BERMAIN SEPANJANG HAYAT.


Penipu tidak akan terlepas dan itulah yang telah terjadi kepada seorang remaja berumur 17 tahun yang didapati menipu dalam permainan dalam talian 'Fortnite'. Beliau diharamkan untuk bermain permainan tersebut sepanjang hayat.

Dengan menitiskan air mata, Jarvis Kaye yang dilaporkan telah mendapat sejumlah RM10.5 juta telah mengaku melalui laman sosial Youtube siaran miliknya bahawa beliau menggunakan perisian khas untuk maju dalam permainan talian tersebut.

Perisian tersebut membantu pemain menembak musuh tanpa memerlukan tembakan yang tepat walaupun dari jarak yang jauh.

Jarvis Kaye

Permainan Fortnite dihasilkan oleh syarikat Epic Games yang merupakan sebuah permainan menembak atas talian dengan 250 juta pemain dari seluruh dunia. 

Walaupun Kaye tidak menggunakan perisian tersebut semasa pertandingan bersama kumpulan e-sukan beliau iaitu FaZe Clan, beliau telah memuatnaik video beliau menggunakan perisian tersebut dalam akaun alternatif beliau.

Dalam video permohonan maaf tersebut, beliau melaporkan bahawa beliau mendapat RM105,000 pendapatan daripada iklan. Beliau juga memberitahu bahawa beliau tidak boleh juga menggunakan apa-apa cerita mengenai Fortnite dalam siaran Youtube beliau selepas ini. 

Syarikat Epic Games tetap bertahan dengan keputusan mereka dan semasa temubual dengan akhbar The Independent, mereka sedar dengan video permohonan maaf tersebut tetapi mereka tetap dengan polisi toleransi sifar terhadap penipu permainan.

Walau bagaimanapun, remaja tersebut yang memiliki 600,000 langganan dalam akaun Twitch dan tinggal di rumah agam bernilai RM63 juta di Los Angeles bersama rakan kumpulan FaZe Clan memohon syarikat permainan tersebut menimbang semula hukuman yang dikenakan. 

"Saya bukan hendak mengambil langkah pintas mengenai isu ini tetapi hukuman seumur hidup adalah di luar jangkaan saya", kata beliau dalam video tersebut.

Moral dari cerita ini, janganlah menipu di dalam permainan dan juga dalam kehidupan.


Sumber: The Star

Post a comment

0 Comments