Tahun 2019 memperkenalkan banyak permainan video yag hebat
sama ada dari buatan antarabangsa dan ada juga buatan negara kita sendiri.
Dengan adanya banyak platform permainan video yang pelbagai seperti komputer
peribadi, Playstation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan juga telefon pintar,
ianya semakin berkembang pesat.
Pada tahun 2017, Malaysia berada di tangga ke 21 dalam
pendapatan dunia permainan video dangan angka AS587 juta dollar mendahului
Netherlands dan Poland. Ini membuktikan Malaysia menyediakan platform digital
dan bakat kreatif dalam pembangunan permainan video.
Berikut ialah tajuk-tajuk permainan video yang telah
dihasilkan oleh syarikat tempatan:
Re:Legend
Platform: PC, PS4, Xbox One, Nintendo Switch
Pembuat: Magnus Games Studio
Re:Legend ialah sebuah permainan RPG dihasilkan oleh Magnus
Games Studio dan diterbitkan oleh Digital Bros. Syarikat kecil tersebut
dimulakan oleh dua beradik yang melancarkan kempen Pemula (Kickstarter) bagi
membiayai permainan video mereka pada Julai 2017. Kempen tersebut mendapat
sambutan hangat daripada seluruh dunia dengan kejayaan mencapai kutipan
sejumlah AS630,700 dollar, dimana 900% lebih tinggi dari sasaran AS70,000
dollar menjadikan ianya projek paling banyak mendapat kutipan di Asia Tenggara.
Permainan
tersebut menceritakan mengenai dunia Ethia dimana anda boleh memburu, menjinakkan dan
membesarkan raksasa magik yang dikenali sebagai Magnus. Serupa dengan permainan
Harvest Moon dan Rune Factory, pemain boleh membina ladang untuk bercucuk
tanam, melombong, membuat senjata dan perisai dan juga memancing bersama rakan
dalam mod co-op atau multiplayer.
No Straight Roads
Platform: PC, PS4
Pembuat: Metronomik
No Straight Roads dihasilkan oleh Metronomik, syarikat
Malaysia yang diasaskan oleh Wan Hazmer, bekas ketua pereka permainan video
Final Fantasy XV dan Daim Dziauddin artis konsep untuk permainan Street Fighter
V.
Dalam permainan ini, pemain akan membawa watak dua orang
ahli muzik, iaitu Mayday dan Zuke dengan kumpulan rock mereka yang akan
menentang empayar EDM dan menggelar kumpulan mereka sebagai No Straight Roads.
Secara umumnya permainan video ini merupakan permainan mengikut irama muzik seperti Patapon, PaRappa dan
Cytus yang mana memerlukan banyak skil bermain tetapi permainan ini pula tidak memerlukan pemain terikat
kepada iramanya.
Sebaliknya, pemain akan menggunakan muzik untuk bergerak,
melompat dan menukarkan elemen muzikal untuk mengalahkan ketua musuh yang
digambarkan sebagai artis yang mempunyai genre yang tersendiri.
MekaRoyale Online
Platform: Android, iOS
Pembuat: Illogical Games
MekaRoyale Online merupakan permainan penembak sama seperti Battle Royale dihasilkan oleh Amarul Natenan dari syarikat Illogical Games.
Dalam permainan ini, anda akan bermain sebagai seorang
juruterbang yang perlu bertarung dengan 12 pemain lain. Menang dalam permainan
tersebut anda boleh membeli mecha atau MEKA menggunakan kredit dan mengumpulkan
kredit tersebut untuk menambahbaik MEKA anda. Kalah dalam pertarungan akan
menyebabkan kehilangan mecha anda. MekaRoyale Online adalah percuma untuk
dimuat turun untuk Android dan iOS.
To-Gather Island
Platform: PC
Pembuat: Studio Kamii
To-Gather Island ialah permainan video berbentuk penjelajahan dihasilkan oleh Studio Kamii. Berbanding dengan permainan video penjelajahan lain yang agak ganas, permainan ini memberikan pengalaman memburu untuk mencari makanan, membuat peralatan, pembinaan dan berjuang hidup di kawasan asing yang dipenuhi dengan raksasa kecil yang boleh membesar mengikut masa.
Pemain perlu menyelesaikan misteri yang ada di pulau-pulau yang
berhampiran dan mengkaji untuk meningkatkan lagi skil untuk meneruskan
kehidupan. Terdapat juga suasana hari malam dan siang dimana raksasa boleh muncul pada
waktu malam dan anda perlu bersiap sedia.
Dance of Fire and Ice
Platform: PC
Pembuat: 7th Beat Games
Dance of Fire and Ice merupakan permainan video mengikut
irama yang memerlukan koordinasi tangan dan penglihatan. Permainan ini
menggunakan hanya satu butang sahaja dimana anda perlu menempatkan dua bebola
secara serentak mengikut irama muzik.
Permainan ini dihasilkan oleh pembuat permainan Rhythm
Doctor dengan bentuk permainan yang agak sama.
Bake ‘n Switch
Platform: PC
Pembuat: Streamline Games
Bake ‘n Switch merupakan permainan berkumpulan dalam dunia pastri
dengan permainan co-op dan PvP local multiplayer. Permainan ini memerlukan 4 pemain
berkumpulan dan menyerang satu sama lain dalam mengejar gelaran First Bakers
dalam menggauli, memcampur dan memasak kuih yang paling sedap sebelum masa tamat.
King’s League II
Platform: PC, Mac, Android, iOS
Pembuat: Kurechii
Daripada syarikat pembuat permainan Postknight, yang telah
memenangi banyak anugerah, Kurechii memperkenalkan sekuel kepada siri permainan
simulasi strategi yang terkenal mereka iaitu King’s League II. Suasana
permainan yang memaparkan zaman pertengahan, pemain perlu merekrut pahlawan
yang terbaik daripada 30 kelas daripada pahlawan pedang ke pahlawan memanah untuk membentuk pasukan
terkuat.
Walau bagaimanapun,
pasukan yang terkuat tidak menjamin kemenangan tanpa perancangan dan perlaksanaan yang strategik. Pemain boleh
memperkembangkan pengembaraan ke dalam gua, perlawanan dalam pertandingan dan
mendapatkan penghargaan melalui pengembaraan tersebut.
ENDURA: The Thrilling Delivery
Platform: PC
Pembuat: IFiO Studio
Endura: The Thrilling Delivery ialah sebuah permainan
pengembaraan penembak dihasilkan oleh IFiO Studio. Permainan berkisar dalam
dimensi yang tersembunyi di dalam sebatang pokok dikenali sebagai Yagra dimana
terdapat Bunians yang mengawal makhluk magis seperti Ulit Maya.
Walau bagaimanapun, ketamakkan dan kedengkian menular di
kalangan Bunians dan menyebabkan terjadi perang saudara yang berlanjutan sehingga 700
tahun dan menghancurkan Yagra. Dalam misi menyatukan semula penduduk Yagra,
anda akan bermain sebagai Endu Ra yang bergabung tenaga dengan rakan Bunians
menjadi pasukan dipanggil ENDURA. Namun demikian, hanya yang terkuat dan berdaya
tahan sahaja yang dapat hidup dalam penjelajahan menerusi dimensi, menghantar
pesanan dan menyebarkan AURA kembali ke dunia.
Super Jones
Platform: Android, iOS
Pembuat: Techninier
Super Jones ialah permainan penjelajahan pantas yang
dipenuhi dengan teka-teki menarik dan perancangan mencari jalan yang strategik.
Anda bermain sebagai pelombong bernama Nathan Jones yang menjelajah ke lombong padang
pasir menggunakan alat pengorek kuat untuk mencari harta karun. Lombong tersebut terdiri dari 7 blok yang unik dan anda perlu menentang banyak jenis
raksasa untuk mendapatkan 7 jenis permata berharga.
Perkuatkan watak anda
dengan HP Tambahan, Tambah baik alat pengorek, Tambahan Masa dan Tambah baik Giga untuk mendapatkan pengorek terkuat Giga. Anda boleh bertarung dengan pemain
lain utnutk mencapai markah tertinggi dalam masa yang terhad.
Sumber: MyGameOn, Youtube
0 Ulasan