Lamanfo.com

Laman Informasi

PESTECH RAIH KONTRAK BEKALAN METER PINTAR TENAGA NASIONAL BERHAD



KUALA LUMPUR: Anak syarikat Pestech International Bhd, Pestech Sdn Bhd meraih kontrak bekalan meter pintar dan penghantaran bernilai RM38.37 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya kerja-kerja itu untuk Smart Billing Project Deployment Fasa 2 di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya untuk 2019 dan 2020. 

Tempoh kontrak itu selama dua tahun, katanya.

Meter pintar atau Infrastruktur Pemeteran Maju merupakan peranti elektronik yang mencatatkan penggunaan elektrik dan memberikan maklumat kepada TNB untuk pemantauan dan pengebilan melalui frekuensi radio.

“Sejajar dengan pelan TNB untuk melengkapkan sebanyak 9.1 juta isi rumah di seluruh Semenanjung Malaysia dengan meter elektrik pintar menjelang 2026, Pestech menyasarkan untuk merevolusikan teknologi yang digunakan dalam pengagihan tenaga dan mengambil projek yang berada di barisan hadapan bidang grid pintar,” katanya.

Kontrak itu sejajar dengan hala tuju Pestech yang menceburi bidang grid pintar melibatkan meter pintar fasa satu dan fasa tiga.

“Kontrak ini membuka peluang kepada kumpulan untuk meninjau lebih banyak prospek dalam pasaran pemeteran pintar untuk menempatkannya dalam fasa keperluan lain dalam TNB, serta di rantau ini,” katanya.

Pestech berkata kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada perolehan dan pendapatannya selaras dengan peringkat kemajuan yang akan diraih pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2020 hingga 30 Jun, 2021 dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham.



Apa itu Meter pintar? 

Meter pintar diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2016, dimana TNB mula memasang meter ini di kawasan Putrajaya dan Ayer Keroh, Melaka. Mempunyai ciri-ciri Advanced Metering Infrastructure (AMI):


-Pembacaan meter jarak jauh untuk mengelakkan pembilan secara anggaran terutama bagi meter yang terlindung untuk direkodkan penggunaan dan premis pengguna tiada penghuni atau berkunci.

-Komunikasi dua hala.

-Mempunyai indikasi kejanggalan atau gangguan kerosakan.

-Kualiti kuasa yang efektif.

-Pengurusan outage.

-Pemutusan atau penyambungan bekalan elektrik secara jarak jauh.

-Penggunaan portal laman sesawang atau paparan meter di dalam rumah sebagai rujukan serta membantu pengguna untuk menngenalpasti langkah-langkah menjimatkan elektrik.

-Pengebilan yang sangat tepat dan jitu.


Sumber: Bernama, Wikipedia

Catat Ulasan

0 Ulasan