PUSAT KAWALAN PENYAKIT DAN PENCEGAHAN AS MELAPORKAN PENEMUAN PENTING DALAM KECEDERAAN PARU-PARU DISEBABKAN VAPE

Lamanfo.com

Laman Informasi

PUSAT KAWALAN PENYAKIT DAN PENCEGAHAN AS MELAPORKAN PENEMUAN PENTING DALAM KECEDERAAN PARU-PARU DISEBABKAN VAPE



Pengujian terhadap sampel paru-paru daripada 29 pesakit yang berkaitan penggunaan vape menunjukkan semuanya mengandungi Vitamin E acetate dan dianggap sebagai penemuan yang penting dalam penyiasatan seluruh negara yang telah mencapai 2,000 kes.


Penemuan Vitamin E acetate dalam sampel paru-paru tersebut menunjukkan bukti utama kaitan bahan tersebut dengan kecederaan paru-paru berkaitan vape.

Bahan tersebut juga telah dikenalpasti semasa ujian oleh perwakilan AS dan negeri selepas diambil daripada pesakit berkaitan vape.

Semasa taklimat yang dibuat melalui telefon pada Jumaat, Dr. Anne Schuchat, Ketua Timbalan Pengarah Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) memanggil  Vitamin E acetate sebagai "penyebab yang membimbangkan" dan menyifatkan penemuan tersebut sebagai penemuan penting dalam penyiasatan tersebut.

Beliau memberi amaran bahawa kajian lebih perlu dilaksanakan bagi mengesahkan ianya sebagai punca sebenar dan mengatakan kajian lain boleh mengenalpasti punca lain yang berpotensi menjadi penyebab kecederaan paru-paru.

Vitamin E acetate dipercayai digunakan sebagai agen pemotong dalam produk vape haram yang mengandungi THC - komponen marijuana yang menyebabkan seseorang berkhayal.

Bahan tersebut telah awal dikenalpasti dalam ujian produk dibuat di makmal Jabatan Kesihatan Wadsworth di New York tetapi tidak semua pen vape THC mengandungi Vitamin E, menurut wakil makmal kepada Reuters.

Schuchat berkata penyelidik sekarang mesti mewujudkan kaitan penyebab di antara pendedahan dan kecederaan, dengan menambah bahawa banyak lagi bahan-bahan masih dalam penyiasatan.


Pada Khamis, CDC melaporkan terdapat 2,051 kes kecederaan paru-paru yang disahkan dan yang disyaki di AS dan 39 kematian yang dikaitkan dengan e-rokok atau produk vape. Hampir 85 peratus kecederaan paru-paru di negara tersebut dilaporkan menggunakan produk yang mengandungi THC.

Analisa yang dibuat oleh CDC, bahan THC dikesan pada 23 daripada 28 sampel sel paru-paru pesakit termasuk tiga pesakit yang mengatakan mereka tidak menggunakan produk yang mengandungi THC. Nikotin pula dikesan dalam 16 daripada 26 sampel pesakit.

Dalam laporan yang berlainan, perwakilan Illinois mendapati berbanding dengan penghisap vape yang belum sakit, mereka yang mengalami kecederaan paru-paru kemungkinan besar telah menggunakan produk vape yang mengandungi THC samada secara berkala atau berterusan dan juga sembilan kali lebih tinggi kebarangkalian telah membeli produk daripada sumber haram seperti jualan dalam talian atau dari jalanan.

Secara kesimpulannya, penemuan tersebut menguatkan lagi rekomendasi jabatan kesihatan awam agar masyarakat menjauhkan diri darupada menggunakan e-rokok yang mengandungi bahan THC atau apa-apa produk yang datang dari sumber haram.


Sumber: New Strait Times, Google image

Post a comment

0 Comments