SINGLE TERBARU NAZREY JOHANI IMAN MUTIARA 2019

Lamanfo.com

Laman Informasi

SINGLE TERBARU NAZREY JOHANI IMAN MUTIARA 2019


Nazrey Johani selaku bekas ketua kumpulan Raihan tampil dengan lagu Iman Mutiara 2019.

Musik video ini baru sahaja dilancarkan sehari di laman Youtube Inteam Digital telah pun mendapat kira-kira 40 ribu tontonan. Kami yakin anda juga pasti merindui suara Ustaz Nazrey yang pernah menghiburkan kita sekitar 1990an hingga awal 2000.

Lagu Iman Mutiara telah dilancarkan pada tahun 1996 di dalam album Puji-Pujian. Album ini telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa sehingga terjual sebanyak 3.5 juta unit di seluruh dunia menjadikannya album paling terlaris di Malaysia dan kumpulan Raihan juga pernah dijemput oleh Ratu Elizabeth II untuk membuat persembahan di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh. 

Raihan juga adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza.




Umum sedia maklum, ustaz Nazrey Johani telah pun keluar dari kumpulan nasyid terkenal iaitu Raihan lebih 10 tahun yang dahulu. Kini, ustaz Nazrey bergiat aktif dalam aktiviti dakwah dan telah menubuhkan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Sabah.

Bagaimanapun, rata-rata peminat menyukai lagu ini dan menyifatkan Iman Mutiara 2019 sangat segar dengan susunan muzik yang baru.




Sumber: Ohbulan.com, Youtube, Google image

Catat Komen

0 Ulasan