Lamanfo.com

Laman Informasi

SYARIKAT RIDE-HAILING CHINA, DIDI AKAN MELANCARKAN ROBO-TAXI DI SHANGAI


Didi Chuxing, syarikat ride-hailing di China telah sedia untuk melancarkan apa yang dipanggil perkhidmatan teksi robot (robo-taxi) di Shangai dalam masa terdekat. 

"Kami akan melancarkan perkhidmatan robo-taxi di Shangai dalam masa terdekat," kata Tiger Qie, Naib Presiden Didi dan juga Ketua Pegawai Teknologi syarikat berkenaan semasa CNBC East Tech West yang diadakan di Guangzhou, China. 


Pengguna boleh memanggil kenderaan tanpa pemandu (self-driving vehicles) melalui aplikasi Didi.


Qie berkata Didi buat masa ini hanya dapat menunaikan 65% permintaan pengguna tetapi dengan pelancaran kereta tanpa pemandu tersebut boleh mengisi lagi jurang di antara tawaran berbanding permintaan. 

Beliau menambah dengan penghasilan kereta tanpa pemandu tersebut tidak bsrmakna menghentikan terus keperluan pemandu manusia.


"Kenderaan tanpa pemandu dan kereta dengan pemandu akan wujud bersama," kata Qie lagi.

Didi telah berkembang pesat sejak ia diasaskan pada 2012 dengan 550 juta pengguna berdaftar di platform tersebut setakat ini. Syarikat ini telah mengambil alih perniagaan Uber di China sejak 2016 dan telah berkembang baru-baru ini ke negara lain seperti Australia dan Mexico.

Qie berkata syarikat mereka akan juga melancarkannya di Costa Rica dalam usaha mereka untuk memasuki pasaran di Amerika Latin.


Didi Vs Uber


Sepertimana pesaingnya iaitu Uber, Didi juga menghadapi beberapa cabaran dalam proses perkembangannya. Syarikat tersebut telah menerima beberapa aduan daripada orang awam termasuk masalah dengan pihak berkuasa selepas seorang penumpang wanita dirogol dan dibunuh oleh pemandu yang menggunakan perkhidmatan carpooling Hitch mereka pada tahun lalu.


Firma tersebut segera menghentikan perkhidmatan Hitch mereka tetapi telah dimulakan semula dengan tambahan ciri-ciri keselamatan, pemandu yang tegas dan proses pengesahan penumpang. Walau bagaimanapun, wanita pada mulanya hanya dibenarkan menggunakan Hitch di antara jam 5am hingga 8pm mankala lelaki boleh sehingga jam 11pm.

Menjelaskan penentuan masa tersebut, Qie memberitahu bahawa mengikut maklumat data yang diperolehi bahawa aduan berkaitan seksual meningkat 50 peratus di antara 8pm hingga 11pm.

Seorang jurucakap Didi memberi susulan bahawa  perkhidmatan Hitch telah menyediakan perkhidmatan untuk lelaki dan wanita di antara jam 5am hingga 8pm.



Sepertimana Uber, Didi akan melaporkan kadar keuntungannya. Pada tahun 2018, syarikat berkenaan mengalami kerugian sejumlah AS 1.6 billion dolar.

Kedatangan syarikat perkongsian kenderaan yang mengalami kerugian seperti Uber dan Lyft dalam pasaran awam tidak disenangi oleh pelabur. Kedua-dua syarikat tersebut mengalami kejatuhan saham sebanyak 36% dan 43% setiapnya sejak awal tahun ini.

Menurut Qie, yang tidak dapat memberi komen mengenai perancangan IPO Didi, berkata syarikat berkenaan adalah berbeza daripada syarikat rakannya di Amerika. Beliau berkata pasaran di AS sangat berbeza dari China dimana satu kereta boleh dikongsikan sebanyak 6 orang.

"Kami berupaya mengembangkan carpooling kami dan dalam masa yang sama mengekalkan kecekapan berbanding rakan kami di Amerika," kata Qie.


Sumber: Cnbc.com, Youtube, Google image

Catat Ulasan

0 Ulasan