TENAGA DIKENAKAN CUKAI TAMBAHAN RM3.98B OLEH LHDN.

Lamanfo.com

Laman Informasi

TENAGA DIKENAKAN CUKAI TAMBAHAN RM3.98B OLEH LHDN.


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) melaporkan bahawa syarikat berkenaan menerima notis penilaian tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM3.98 billion untuk tahun-tahun 2015 hingga 2017.

Penilaian tambahan meliputi RM1.43 billion untuk tahun 2015, RM1.25 bilkion untuk tahun 2016 dan RM1.3 billion untuk tahun 2017.

"Berdasarkan nasihat perundangan yang diperolehi daripada peguamcara cukai kami, TNB mempunyai sebab munasabah bahawa notis LHDN tidak mempunyai asas hukum dan faktual untuk mengeluarkan notis tersebut," kata mereka dalam pemfailan bursa saham.

"Sehubungan itu, Tenaga Nasional Berhad akan merayu terhadap notis tersebut," tambah mereka.

Saham Tenaga ditutup sebanyak 16 sen atau 1.18% lebih tinggi pada RM13.72 hari ini, memberikan kumpulan syarikat utiliti tersebut permodalan pasaran RM78.02 billion. Harga saham berubah sedikit dari 12 bulan yang lalu.


Sumber: Astro Awani

Post a comment

0 Comments