Lamanfo.com

Laman Informasi

TUJUH FAKTA MENARIK MENGENAI ROWAN ATKINSON AKA MR. BEAN.



Rowan Atkinson yang lebih dikenali sebagai Mr. Bean dilahirkan pada 6 January 1955. Beliau ialah seorang pelakon, pelawak dan penulis layar perak dan terkenal dengan siri Blackadder dan Mr. Bean. Walau bagaimanapun, beliau lebih suka merahsiakan kehidupan peribadi beliau.

Berikut ialah beberapa fakta menarik mengenai pelawak tersebut:

Rowan Atkinson merupakan seorang yang terpelajar dan mempunyai kelulusan daripada dua universiti iaitu Universiti Newcastle dan Universiti Okford dan tesis beliau yang diterbitkan pada 1978 ialah mengenai kawalan kendiri.


Tony Blair ialah rakan sekolah beliau semasa di Sekolah Durham Choristers yang pernah menjadi Perdana Menteri United Kingdom dari tahun 1997 ke tahun 2007 dan Rowan juga telah dikurniakan darjah kebesaran Commander of the Excellent Order of the British Empire oleh Ratu Queen Elizabeth.


Rowan Atkinson minat kepada kenderaan dan beliau juga memegang lesen memandu kategori C+E iaitu kelas 1 boleh memandu sebuah lori yang mana satu pengalaman yang paling manis bagi beliau.


Rowan juga seorang peminat James Bond dan beliau memulakan kerja beliau sebagai pelakon pembantu pada tahun 1983 dalam filem James Bond, Never Say Never dibintangi oleh Sean Connery.


Beliau juga memiliki beberapa kereta sport mewah dan koleksi beliau termasuk Astron Martin, Honda, Audi dan MC Laren F1 dan beliau juga menulis untuk sebuah majalah kereta British.


Beliau pernah terlibat dalam dua kemalangan kereta melibatkan kenderaan MC Laren F1 milik beliau. Kemalangan kedua yang terjadi pada tahun 2011 agak serius dan telah menyebabkan kecederaan kepada bahu beliau. Kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk dan ianya mencipta sejarah di British dimana syarikat insurans membayar 1 billion pound.


Beliau dikatakan mengalami kegagapan yang ringan dan menyebabkan beliau amat sukar untuk menceritakan kehidupan peribadi beliau dan beliau amat tidak menyukai ditemuramah. Secara umumnya, beliau  amat jarang dilihat bercakap.



Sumber: Helloworld.com

Catat Ulasan

0 Ulasan