Lamanfo.com

Laman Informasi

ULTRAMAN AKAN SERTAI MARVEL PADA TAHUN 2020


Semua pasti mengenali Marvel Cinematic Universe yang telah menjadi francais paling besar dalam sejarah dunia perfileman yang merangkumi filem blokbuster, siri TV, buku dan komik. Tetapi hampir semua superhero yang ditayangkan adalah daripada rekaan Stan Lee seperti Iron Man dan Captain America. 

Kali ini Marvel akan memperkenalkan superhero yang memang terkenal di dunia Timur dalam fasa buku komik Marvel yang seterusnya. 

Pengumuman yang telah dibuat oleh pihak Marvel dalam laman sosial Twitter mereka pada 23hb November 2019 menyatakan bahawa Ultraman akan menyertai pihak Marvel dan ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat Ultraman dan Marvel.

Walau bagaimanapun, persetujuan tersebut hanya melibatkan kerja_kerja bercetak seperti komik dan novel grafik buat masa ini. 

Kemungkinan besar Ultraman akan wujud dalam zaman yang berbeza daripada semua karakter Marvel Universe.

Belum diketahui sama ada kerjasama ini akan membawa kepada pembikinan filem baru atau pun pertembungan dengan superhero Marvel sedia ada tetapi peminat amat teruja. 

Bagi menjadikannya suatu kenyataan, pihak Marvel akan bekerjasama dengan Tsuburaya Production yang telah banyak menghasilkan produksi Ultraman.


Ultraman atau dalam sebutan Jepun Urutoraman, ialah watak fiksyen yang ditampilkan dalam rancangan televisyen Tokusatsu atau "kesan khas". 

Ultraman membuat kemunculan sulungnya dalam siri TV tersebut sebagai susulan kepada siri televisyen Ultra Q. Rancangan ini diterbit oleh Tsuburaya Productions, dan disiarkan melalui rangkaian Tokyo Broadcasting System (TBS) mulai 17 Julai 1966 hingga 9 April 1967, dengan sejumlah 39 episod (40, jika diambil kira rancangan istimewa sebelum tayangan perdana pada 10 Julai 1966). 

Meskipun Ultraman adalah siri pertama yang menampilkan mahkluk Ultra, namun ini sebenarnya Siri Ultra yang kedua; Ultra Q adalah yang pertama. 

Rancangan ini menjadi fenomena budaya pop yang besar di Jepun dan telah menarik berpuluh-puluh rancangan tiruan seumpamanya serta juga banyak sekuel dan bikinan semula, yang kekal popular hingga kini.


Untuk membezakannya daripada wira-wira Ultra yang lain, Ultraman digelar "Ultraman yang asli" (Shodai Urutoraman), Ultraman pertama, Ultraman Hayata (iaitu nama perumahnya) atau cuma dipanggil Man.

Buku komik Ultraman Marvel akan diterbitkan pada tahun 2020. Jangan lepaskan peluang mendapatkannya!!


Sumber: World of Buzz, Wikipedia

Catat Ulasan

0 Ulasan