Lamanfo.com

Laman Informasi

ADAKAH INI TANDA AKHIR ZAMAN: TIANG MAGNETIK BUMI BERGERAK PANTAS MENUJU SIBERIA.



Sebagaimana yang anda tahu, secara geografinya tiang utara (North Pole) berada tetap pada kedudukannya tetapi tiang magnetiknya (magnetic pole) - yang menunjukkan N pada semua kompas - sentiasa bergerak dan kini ke arah Siberia dengan kadar kelajuan yang memecah rekod sehinggakan para saintis tidak dapat memahaminya. 

Kadar kelajuannya memang menghairankan tetapi perpindahannya dianggap perkara biasa oleh kerana tiang magnetik tersebut tidak hanya berdiam di satu tempat sahaja. Pergerakannya disebabkan perubahan aliran besi cair panas  di dalam kerak bumi dan ianya memberi kesan kepada kelakuan tiang magnetik Bumi.


"Sejak penemuannya pada tahun 1831, tiang utara magnetik Bumi telah bergerak dalam linkungan 1,400 batu (2,250km)," terang NOAA’s National Centres for Environmental Information (NCEI) dalam laman web mereka.

"Pergerakannya secara umum adalah perlahan dan membolehkan para saintis untuk menjejakinya dengan mudah."

Namun, sejak kebelakangan ini kelajuannya bertambah. Dalam beberapa dekad, kelajuan tiang magnetik bumi bertambah dalam purata 55 kilometer (34 batu) setahun.

Menurut data maklumat yabg terkini pergerakannya ke arah Rusia menjadi perlahan kira-kira 40km (25 batu) setahun, tetapi apabila dibandingkan dengan pengiraan secara teori ke beberapa ratus tahun ke belakang, fenomena ini belum pernah dilihat oleh para saintis sebelumnya.


"Pergerakannya sejak 1990an adalah lebih pantas berbanding masa-masa pada empat abad yang lalu." beritahu pakar geomagnetik Ciaran Beggan dari British Geological Survey (BGS).

"Kami tidak mengetahui banyak mengenai perubahan di dalam kerak bumi yang menyebabkannya bergerak."

Sementara para pengkaji tidak dapat memberikan penjelasan mengenai perubahan kerak bumi yang menyebabkannya bergerak, mereka boleh memetakan medan magnet bumi dan mengira kadar perubahannya mengikut masa dan ini dapat membantu kita meramal bagaimana kekuatan agihannya pada masa hadapan.

Sistem tersebut menghasilkan apa yang dipanggil sebagai World Magnetic Model (WMM) : satu representasi medan kuasa untuk kegunaan alat seperti GPS ke perkhidmatan pemetaan dan aplikasi kompas pengguna, termasuk sistem yang digunakan oleh NASA, FAA dan tentera.

Kuasa medan magnet WMM ini dikemaskini setiap lima tahun untuk memastikan modelnya tepat.

Walau bagaimanapun, bacaan kali ini dibuat lebih awal disebabkan pergerakan tiang utara magnetik Bumi yang cepat berpindah.

Sekiranya tiang utara magnetik Bumi terus bergerak ianya akan menyebabkan titik utara dan selatan bertukar dan kejadian ini hanya berlaku ratus ribuan tahun. Sekiranya ia berlaku ianya akan memberikan implikasi yang besar kepada manusia dan sekiranya dirujuk dengan peritiwa akhir zaman boleh menunjukkan kejadian putaran bumi bertukar dan menjadikan matahari terbit dari arah barat.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, data maklumat WMM masih tepat sehingga tahun 2025 dan tidak menunjukkan sebarang tanda pertukaran di antara utara dan selatan.


Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, terdapat enam tanda besar kiamat dicatatkan.

Dalam satu riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Terbitnya matahari dari barat, asap, Dajjal, al-Dabah, perkara khusus daripada kalangan kamu (kematian) dan urusan umum (kiamat).”

Kata ulama, pada setiap pagi perkara paling mereka takut ialah apabila bangun melihat sama ada matahari terbit dari sebelah timur atau terbit dari sebelah barat.

Sebelum matahari terbit dari barat, seluruh bumi ini akan gelap. Kita boleh bayangkan, setiap pagi biasanya kita bangun tidur jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap melaksanakan solat Subuh serta persiapan ke tempat kerja.

Bagaimanapun, setibanya di pejabat jam 9 pagi, kita melihat keadaan itu tidak seperti biasa di mana keadaannya masih gelap.

Keadaan itu pastinya menyebabkan manusia berasa takut dan tertanya-tanya fenomena berkenaan. Disebabkan suasana itu amat pelik dan tidak pernah berlaku, pasti manusia mula panik dan keadaan menjadi kecoh.

Menurut pendakwah, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub, terdapat riwayat menyatakan suasana gelap itu berlaku selama dua hari dan riwayat lain menyatakan akan bergelap selama tiga hari.

Katanya, seandainya gelap itu berlaku selama tiga hari, bermakna pada hari keempat matahari tidak lagi muncul dari sebelah timur, sebaliknya dari sebelah barat.

Ketika seluruh penduduk bumi menyaksikan tanda besar itu, mereka mula beriman kepada Allah. Bagaimanapun, Allah sudah menutup pintu taubat serapat-rapatnya.

Pada waktu itu, tidak berguna lagi taubat serta segala amal ibadat yang hendak dipersembahkan kepada Allah. Bagi yang ditakdirkan masih hidup, mereka akan meneruskan kehidupan mengikut ajal masing-masing.

Seandainya sepanjang usia yang berbaki itu, seseorang bersungguh-sungguh melakukan ibadat, namun Allah tetap tidak akan menerima amalannya.

Manakala bagi orang beriman, mereka akan hidup dalam keadaan beriman sehingga akhir hayat.

Pada hari pertama matahari terbit dari barat itu mengambil masa selama setahun. Tempoh setahun itu seperti dinyatakan oleh Nabi SAW seperti hari-hari yang dilalui manusia.

Hari kedua juga panjang iaitu seperti sebulan. Berikutnya, hari ketiga panjangnya seperti seminggu manakala pada hari keempat baru ia kembali seperti biasa.

Ketika itu baru manusia menyedari betapa nikmatnya Allah kurniakan waktu malam. Pada hari ini, ramai manusia mengubah cara hidup mereka dengan tidur waktu siang, manakala malam mereka berjaga untuk melakukan perkara sia-sia.


Sumber: Investrecords, Livescience, Harian Metro

Catat Ulasan

0 Ulasan