Lamanfo.com

Laman Informasi

AS DALAM TINDAKAN MENYEKAT HUAWEI SECARA MENYELURUH



Menurut Reuters, kerajaan AS dalam tindakan untuk meningkatkan lagi sekatan terhadap Huawei.

Sepertimana yang diketahui, Jabatan Komersil AS pada bulan Mei lepas telah menyekat Huawei Technologies, dengan alasan  ia mengancam keselamatan negara tersebut. Tindakan ini bagi mengurangkan kerjasama di antara syarikat AS dan China.

Walau bagaimanapun, berdasarkan peraturan terkini, kerjasama antara syarikat antarabangsa dan rangkaian bekalan masih di luar kawalan pihak berkuasa AS. Contohnya Kumpulan ARM yang membekal cip kepada Huawei HiSilicon.

Oleh yang demikian, pentadbiran Presiden Donald Trump sedang dalam tindakan untuk menggubal semula dua peraturan yang dapat meningkatkan lagi kuasa AS untuk menyekat pembekal antarabangsa daripada berkerjasama dengan Huawei.

Sekiranya Jabatan Komersil meluluskan cadangan perubahan tersebut, ianya akan membolehkan pihak berkuasa AS untuk mengawal penjualan komponen yang kurang sensitif. Contohnya, cip telefon pintar yang dihasilkan di luar negara dengan teknologi, perisian atau komponen AS.

Perubahan tersebut akan dilihat sebagai "perluasan utama kawalan eksport oleh AS dan ini akan mendapat reaksi negatif daripada negara sekutu AS dan syarikat AS sendiri," kata Doug Jacobson, seorang peguam pemasaran Washington.

Sebagai peringatan, AS telah kali ketiga memperbaharui lesen am sementara yang diberikan kepada Huawei. Ianya membolehkan Huawei terlibat dalam transaksi yang terhad bagi menyelenggara operator rangkaian luar bandar AS. 

AS juga menarik balik sekatan kepada Microsoft dan juga 74 lesen lain dan  ini membolehkan Huawei untuk mengakses lesen Windows 10 untuk komputer ribanya.


Sumber: GizChina.com

Catat Ulasan

0 Ulasan