BAGAIMANA UNTUK MEMADAM REKOD LOKASI ANDA DARI GOOGLE MAPS.

Lamanfo.com

Laman Informasi

BAGAIMANA UNTUK MEMADAM REKOD LOKASI ANDA DARI GOOGLE MAPS.



Sekiranya anda tidak membuat penetapan pada aplikasi Google Maps anda ia akan secara otomatik merekod semua pergerakan anda sama ada anda berjalan, memandu atau pun menaiki kapal terbang ke seluruh dunia. Ia juga  merekod setiap masa dengan tepat di mana anda berada pada masa itu.

Maklumat tersebut mungkin berguna kepada anda. Anda mungkin ingin mengingat kembali di mana anda pergi semasa lawatan yang lepas atau pun anda ingin mengetahui masa sebenar perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Walau bagaimanapun, ia juga amat menakutkan apabila maklumat anda tersimpan dengan banyak dalam server Google.

Terkini, Google telah memperkenalkan kemaskini baru kepada aplikasinya dimana anda boleh memadam secara otomatik kedudukan lokasi anda setiap 18 bulan atau 3 bulan. Maklumat yang melebihi tempoh tersebut akan secara otomatik dipadamkan.

Peliknya, Google tidak menyediakan penetapan tersebut seperti kebiasaannya di Google Account tetapi anda boleh membuat penetapan tersebut di dalam aplikasi Google Maps itu sendiri.


Ini yang perlu anda buat:

- Buka Google Maps di telefon pintar iPhone atau Android. 


- Pilih Menu Bar yabg terletak pada kiri atas aplikasi tersebut. 


- Pilih "Your Timeline" 


- Pilih 3 titik yang terletak pada kanan atas skrin anda.


- Pilih "Settings and Privacy."

- Pilih "Automatically delete location history." 



- Tukar penetapan daripada "Keep until I delete manually" kepada "Keep for 18 months" atau "Keep for 3 months."


Adalah disyorkan untuk mengarahkan Google untuk memadam setiap 3 bulan tetapi bergantung juga kepada pilihan anda.


Post a comment

0 Comments