BAGAIMANA UNTUK MENYAH-AKTIFKAN ANDROID BEAM UNTUK KESELAMATAN

Lamanfo.com

Laman Informasi

BAGAIMANA UNTUK MENYAH-AKTIFKAN ANDROID BEAM UNTUK KESELAMATAN


Komunikasi Jarak Dekat atau Near-field communication atau singkatannya NFC ialah kaedah pembayaran tanpa sentuh yang amat penting untuk pertukaran data dengan pantas. 

Walau bagaimanapun, sekiranya anda menggunakannya dalam telefon pintar Android ianya boleh mengundang risiko dari segi  keselamatan data anda.

Android Beam membolehkan pertukaran data di antara dua telefon pintar Android yang terpasang cip NFC hanya dengan mendekatkan kedua-dua telefon pintar tersebut.

Risikonya ialah pertukaran data tersebut boleh berlaku tanpa kebenaran pemilik telefon pintar terbabit sekiranya telefon pintar anda tidak dikemaskini perisian keselamatan yang terbaru.

Disebabkan pertukaran data tersebut tidak meminta persetujuan anda, penyerang boleh meletakkan telefon pintarnya berdekatan telefon pintar anda dan menggunakan NFC untuk memuatnaik perisian malware ke dalam telefon pintar anda.

Untuk mengelak ianya terjadi adalah lebih baik menyahaktifkan Android Beam sehinggalah anda telah memuat turun perisian kemaskini keselamatan yang terbaru.

Pergi ke Setting-Connected devices-Connection settings-Android Beam - matikan ciri ini. 


Sumber: The Star

Post a comment

0 Comments