BAGAIMANA UNTUK NAIKTARAF KEPADA WINDOWS 10 SECARA PERCUMA.

Lamanfo.com

Laman Informasi

BAGAIMANA UNTUK NAIKTARAF KEPADA WINDOWS 10 SECARA PERCUMA.



Masa sudah semakin suntuk untuk Windows 7 dan bermakna tiada lagi kemaskini perisian dan tiada tahap keselamatan lagi untuk komputer anda. Berikut ialah apa yang perlu anda buat.


Untuk makluman anda, semua sokongan untuk Windows 7 akan luput pada 14 Jan 2020. 

Walaupun sistem operasi tersebut akan terus berfungsi tetapi ianya tidak akan ada lagi kemaskini dan bermakna komputer anda terdedah kepada risiko keselamatan yang tidak akan dapat diselesaikan lagi oleh Microsoft.

Memandangkan terdapatnya kelemahan pada Windows 7 ianya akan semakin mudah diserang oleh program Trojans atau Virus dan oleh itu anda perlu menukar kepada Windows 10.

Kebanyakan pengguna peribadi akan mendapat pengemaskinian secara percuma. Windows 10 masih menerima kekunci muat turun untuk Windows 7 dengan syarat anda masih mempunyai edisi tersebut dalam komputer anda.

Anda boleh membuat perubahan dengan tiga cara: Naiktaraf muat turun Windows 7 kepada Windows 10, gantikan dengan muat turun Windows 10 yang baru atau muat turun sistem operasi baru seiring dengan yang lama.

Dengan cara mana pun anda buat, pastikan maklumat anda diselamatkan terlebih dahulu dan muat turun perisian percuma Media Creation Tool dari Microsoft. Dengan adanya perisian tersebut, imej cakera yang diperlukan untuk migrasi boleh dimuat turun dan disimpan dalam memori USB, sebagai contoh.

Kelebihan muat turun secara seiring ialah semua program, ketetapan dan maklumat tidak akan diganggu. Keseluruhan Windows 7 masih terpelihara dan hanya perlu mematikan dan menghidupkan semula komputer tersebut.

Jika anda membuat naiktaraf, pakar mengesyorkan anda untuk memastikan semua driver telah dikemaskini sebelumnya, khususnya yang kritikal seperti cip untuk grafik dan sambungan USB. Anda perlu juga memadam semua perisian pengesan virus kerana Windows 10 mempunyai perisiannya sendiri (Defender).

Sekiranya tidak dilaksanakan seperti di atas, naiktaraf akan gagal disebabkan driver yang tidak terkemaskini atau perisian virus menghalang proses naiktaraf tersebut.

Apabila anda membuat naiktaraf, anda perlu memasangkan memori USB atau DVD yang mengandungi imej cakera Windows 10 semasa Windows 7 beroperasi dan tekan fail bertajuk "Setup.exe".

Sekiranya anda ingin muat turun Windows 10 dengan sekaligus menggantikan Windows 7, anda perlu mematikan dan menghidupkan semula komputer anda supaya ianya mula semula atau boot semula daripada memori USB atau DVD tersebut.

Bagi muat turun Windows 10 yang seiring dengan Windows 7 adalah penting cakera memori komputer anda mempunyai tambahan partition yang lebih. Sekiranya tidak, anda perlu membuat tambahan tersebut dalam Windows Disk Management (Control Panel>Administrative Tools>Computer Management).

Langkah pertama yang anda harus buat apabila Windows 10 sudah dimuat turun ialah dengan memeriksa opsyen peribadi di bawah Settings>Privacy. Anda boleh mencarinya dengan mengklik ikon Windows yang terletak di bawah kiri, diikuti dengan mengklik ikon gear.

Anda boleh juga memuat turun perisian seperti O&O ShutUp 10, yang mencadangkan ketetapan peribadi pengguna dengan amat mudah.


Sumber: The Star

Post a comment

0 Comments