CARA MENGAKTIFKAN SOKONGAN RCS PADA PERANTI ANDROID.

Lamanfo.com

Laman Informasi

CARA MENGAKTIFKAN SOKONGAN RCS PADA PERANTI ANDROID.



RCS ialah SMS jenis baharu yang bermaksud Rich Communication Services. Ia merupakan  protokol komunikasi antara di peranti dan di antara syarikat telekomunikasi untuk penghantaran mesej yang lebih terkini dan sokongan penghantaran multimedia tanpa menggunakan kredit. 

RCS adalah seperti iMessage tetapi ianya untuk semua peranti Android. Walau bagaimanpun, perkhidmatan RCS  bergantung kepada syarikat telekomunikasi sama ada mereka ingin mengaktifkannya ataupun tidak. Ia berbeza dengan iMessage yang hanya bergantung kepada peranti Apple, akaun iCloud dan Internet sahaja.

Di Malaysia, syarikat Celcom sahaja yang menyokong RCS secara rasmi dan buat masa ini hanya aplikasi Google Messages sahaja yang boleh menghantar RCS. Kelak, pengguna Samsung juga boleh menggunakan RCS antara pengguna Google Messages dan Samsung Messages. Di sini akan dikongsikan bagaimana cara untuk mengaktifkan RCS tanpa perlu menunggu syarikat telekomunikasi anda aktifkannya.


Langkah 1


Pastikan anda menggunakan aplikasi Google Messages versi beta yang terkini. Jika anda tidak terima versi yang terkini, muat turun dan pasang melalui laman APK Mirror di sini.

Langkah 2


Pasang aplikasi Activity Launcher dari Google Play Store. Aplikasi ini adalah aplikasi yang boleh melancarkan aktiviti-aktiviti tersembunyi dalam peranti Android. Selain itu, ia juga boleh mengaktifkan fungsi/ciri tersembunyi yang pembangun sorokkan.


Langkah 3

Pastikan WiFi anda dimatikan, kerana WiFi mungkin akan mengganggu proses pengaktifan RCS ini. Ini kerana, RCS perlu disambungkan pada pelayan Google dan automatik akan berhubung ke pelayan syarikat telekomunikasi.


Langkah 4


Buka Activity Launcher, cari Messages, tekan dan pilih Set RCS Flags. Pada bahagian ACS url pilih http://rcs-acs-prod-us.sandbox.google.com/ dan kemudian pada bahagian OTP Pattern pilih Your/sMessenger\sverification\scode\sis\sG-(\d{6}). Akhir sekali, tekan Apply.


Langkah 5


Pergi ke tetapan, cari tetapan aplikasi dan paksa henti aplikasi Google Messages. Buka aplikasi Google Messages dan akan ada notifkasi pop-naik dari bawah mengatakan anda boleh naik taraf kepada fungsi yang lebih baik. Ada juga situasi yang akan ada amaran pada sebelah perkataan ‘Message’ yang apabila ditekan proses pengaktifan akan bermula.


Proses ini akan mengambil masa beberapa minit bergantung kepada pelan telekomunikasi apa yang digunakan. Proses ini adalah untuk mengesahkan nombor telefon dan menerima nombor OTP.


Langkah 6


Selesai. Aplikasi Google Messages anda kini menyokong RCS dan anda boleh hantarkan kepada mana-mana pengguna Google Messages lain yang sudah aktifkan RCS ini. Untuk ketahui sama ada ia berjaya atau tidak, cuba hantar gambar atau GIF – jika berjaya dihantar ia akan paparkan sent. Jika RCS tidak diaktifkan, ia akan dihantar sebagai MMS dan akan menggunakan kredit anda.

Perlu diingatkan tidak semua peranti atau pengguna akan berjaya. Pengguna Yoodo dan Celcom tidak perlu risau kerana ia memang disokong secara rasmi. Jika anda masih mengalami masalah, Clear Storage dan Clear Cache terlebih dahulu pada Carrier Services dan Google Messages, kemudian ulang semula langkah-langkah mudah tadi.


Sumber: Amanz.my

Post a comment

0 Comments