KENDERAAN MANA YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI KESELAMATAN UNTUK PEJALAN KAKI?

Lamanfo.com

Laman Informasi

KENDERAAN MANA YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI KESELAMATAN UNTUK PEJALAN KAKI?


Di Amerika Syarikat satu ujian perbandingan telah dibuat di antara kenderaan yang bersaiz sederhana untuk mengetahui kenderaan mana yang mempunyai sistem keselamatan untuk pejalan kaki yang terbaik. Ujian dibuat menjelang cuti perayaan Halloween yang sering mencatat rekod tertinggi kemalangan untuk pejalan kaki di negara tersebut.

Hasil penemuan mendapati prestasi yang jauh berbeza mengikut jenis kenderaan. Kenderaan Audi A4, BMW Siri 3, Mercedez-Benz Kelas C, Volvo S60 dan dua lagi kenderaan mewah iaitu Subaru Outback dan Nissan Maxima memperolehi markah yang tertinggi. 

Kenderaan ini mengelakkan terjadinya kemalangan atau memperlahankan kenderaan pada ujian di lapangan. Tiga model kenderaan iaitu Ford Fusion, Hyundai Sonata dan Kia Optima tidak memperolehi markah kerana ianya gagal untuk membrek pada semua senario.

Ujian tersebut dapat memberi tahap pencegahan kemalangan pejalan kaki yang dikeluarkan oleh Institut Insurans untuk Keselamatan Jalanraya, sebuah syarikat bukan keuntungan yang dibiayai oleh industri insurans.

"Pembuat kenderaan biasanya memperkenalkan sistem canggih ini pada kenderaan mewah atau sebagai pilihan aksesori  yang mahal sepertimana pada kenderaan Maxima dan Outback," kata David Harkey, Presiden Institut Insurans.



Kenderaan dinilai dalam empat kategori, daripada markah tertinggi ke markah paling rendah iaitu superior, advanced, asas dan tiada markah. Ujian dibuat dalam tiga senario iaitu pejalan kaki dewasa melintas jalan dengan pandangan jelas, kanak-kanak melintas jalan dengan pandangan terlindung oleh dua kenderaan yang sedang diparkir dan pejalan kaki dewasa di seberang jalan bergerak menjauhi kenderaan.




Enam kenderaan yang superior memperlahankan kelajuan secara terus dalam keenam-enam ujian dan hampir semua kes mengelakkan terjadinya kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan atau mengurangkan risiko kecederaan parah menurut laporan.

Nissan Maxima, kereta bukan mewah dengan peralatan pencegah kemalangan standard untuk tahun 2020 lulus cemerlang dalam semua enam ujian dan mengelakkan kemalangan dalam semua senario.

Di antara kenderaan yang telah diuji tersebut, teknologi pencegahan kemalangan pejalan kaki sedia terpasang pada semua kenderaan mewah manakala 6 daripada 10 untuk kenderaan biasa. Sesetengah model kenderaan hanya menjadikan sistem ini sebagai aksesori tambahan.

Laporan tersebut mendapati sistem pencegahan kebanyakan menggunakan satu atau dua kamera yang terpasang pada cermin pandang belakang dan/atau pengesan radar di depan kenderaan untuk mengesan pejalan kaki yang ingin menyeberang di hadapan kenderaan tersebut.

Sistem ini mempunyai algoritma yang boleh menentukan objek tersebut adalah pejalan kaki, basikal atau haiwan. Sekiranya kemalangan tak dapat dielakkan, sistem akan memberitahu pemandu dan brek akan tertekan sendiri "lebih pantas daripada reaksi manusia".

Kenderaan yang mendapat markah penilaian advanced juga dapat mengurangkan kelajuan dengan pantas, kata institut juga.

Manakala sistem yang mempunyai markah penilaian asas gagal untuk memperlahankan kenderaan dalam satu atau lebih ujian, manakala kenderaan yang tiada markah didapati gagal dalam banyak senario seperti Ford Fusion yang tidak dapat memperlahankan kelajuan bilamana senario kanak-kanak berlari tiba-tiba di hadapan kenderaan.




"Kanak-kanak meluru keluar dari belakang kenderaan yang diparkir merupakan ujian yang paling mencabar," tambah Harkey. "Tetapi ujian tersebut merupakan yang paling utama yang membezakan sistem yang canggih dengan yang biasa sebab senario berkenaan merupakan kejadian kemalangan yang sering berlaku pada perayaan Halloween dan juga perayaan yang lain."


Sumber: Daily Express, Google Image, Youtube

Post a comment

0 Comments