Lamanfo.com

Laman Informasi

KENDERAAN ROVER MARS 2020 TELAH LULUS UJIAN.

Marikh

Kenderaan rover NASA iaitu Mars 2020 telah lulus ujian memandunya. Ujian merangkumi pergerakan ke depan dan ke belakang menggunakan enam roda. Sistem navigasi yang autonomous merupakan sebahagian daripada ujian tersebut.


Ujian ini merupakan ujian yang sangat penting untuk rover berkenaan. Menurut NASA, rover berkenaan sudah lulus ujian dan layak mendapatkan lesen pemanduan. Selepas ini ianya akan memandu di permukaan planet Marikh.

Rover Mars 2020

"Mars 2020 layak mendapat lesen memandunya," kata Rich Rieber, ketua jurutera sistem mobiliti untuk Mars 2020." Ujian tersebut telah membuktikan bahawa rover boleh beroperasi sendirinya dan menunjukkan banyak fungsi navigasi automousnya buat pertama kali. Ini merupakan batu loncatan utama kepada Mars 2020."

Walaupun tidak sepenuhnya autonomous, rover tersebut direka untuk membuat keputusan sendiri berbanding rover yang terdahulu. Ianya mempunyai 23 buah kamera yang mempunyai resolusi tinggi dan pandangan navigasi yang lebar untuk pandangan luas. Ianya lebih tinggi daripada rover yang lain. Rover ini juga mempunyai kuasa komputer yang berkuasa tinggi untuk memproses imej dan membuat peta. Ia juga mempunyai perisian auto-navigasi yang sofistikated.

"Untuk memastikan misi ini berjaya kita perlukan Mars 2020 untuk menghadapi pelbagai keadaan mukabumi," kata Katie Stack Morgan, Timbalan Saintis projek Mars 2020.


Mars 2020 direka khas untuk bergerak kira-kira 200 meter per hari (650 kaki) di planet Marikh. Sebagai perbandingan, rekod paling jauh sebuah rover bergerak di planet Marikh ialah pada jarak 214 meter per hari (702 kaki) dibuat oleh rover NASA iaitu Opportunity. Oleh itu Mars 2020 mempunyai kadar yang hampir sama jarak yang pernah direkodkan dalam sehari di Marikh.

Ujian terbaru ini dibuat pada 17hb Disember 2019 dengan berterusan selama 10 jam dengan semua sistem rover berfungsi. Bukan hanya memandu, membelok dan berpusing tetapi juga menghadapi halangan kecil menyamai bentuk mukabumi di planet Marikh. Memandangkan graviti Marikh lebih lemah daripada Bumi iaitu kira-kira 3/8 graviti bumi, pengurus projek John McNamee mengharapkan rover tersebut dapat berfungsi dengan baik.

Tayar rover sedang dipasang. 

Tayar rover tersebut terpasang pada batang kaki dimana setiap kaki terpasang tiga tayar. Kaki tersebut diperbuat daripada Titanium, bahan yang paling kuat dan paling ringan. Setiap tayar aluminium tersebut dipasang gerigi untuk menguatkan daya cengkaman terhadap permukaan Marikh. Setiap tayar juga mempunyai injin pemanduannya sendiri dan setiap tayar depan dan belakang mempunyai stering enjin pemanduan yang membolehkannya membelok.

Sistem yang sofistikated tersebut juga membolehkan rover memandu di atas batu-batuan 1.5 kali lebih tinggi daripada tayar itu sendiri.

Rover Mars 2020 akan mendarat di Jezero Crater sebuah kawasan kawah di planet Marikh. Kawah tersebut kelihatan seperti bekas tasik. Tapak pendaratan tersebut juga dipenuhi dengan mineral tanah liat dan dipercayai merupakan bekas delta sungai pada zaman dahulu.

Lokasi pendaratan Mars 2020

NASA’s Jet Propulsion Laboratory (JPL) yang membina rover Mars 2020 dan mereka juga akan mengoperasikannya. Rover tersebut ialah sebahagian daripada program besar meletakkan manusia di planet Marikh. Program ini juga merangkumi program Artemis iaitu untuk mendaratkan manusia sekali lagi di permukaan bulan dan sekaligus wanita pertama mendarat di bulan. NASA juga bercadang untuk meletakkan manusia tinggal di bulan menjelang 2028 sebagai persediaan untuk pendaratan manusia di planet Marikh.

Lokasi rover yang terdahulu.

 
Sumber: Universe Today, NASA image, Youtube

Catat Ulasan

1 Ulasan