KISAH SEBENAR HUA MULAN

Lamanfo.com

Laman Informasi

KISAH SEBENAR HUA MULAN



Mungkin anda diperkenalkan dengan watak Mulan melalui filem animasi Disney dengan nama yang sama. Pada tahun hadapan Disney pula bakal menayangkan filem terbaru Mulan yang dijangka pada bulan Mac 2020. 

Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa kisah Mulan diambil daripada kisah lagenda dari negara China.



Hua Mulan adalah seorang pejuang wanita yang hidup semasa Dinasti Utara dan Selatan di antara tahun 420 dan 589 CE dan kisah beliau diceritakan melalui cerita bertajuk "Ballad of Mulan". Tidak dipastikan sama ada kisah tersebut adalah benar atau pun fiksyen tetapi kisahnya menjadi inspirasi kepada semua wanita sepanjang zaman. Nama beliau juga telah digunakan untuk menamakan satu kawah di permukaan planet Venus.

Terdapat beberapa kisah mengenai Hua Mulan sebagai tambahan kepada kisah "Ballad of Mulan". Seribu tahun selepas itu terdapat satu lagi kisah yang ditulis oleh Xu Wei mengenai sebuah kisah dari Dinasti Qing yang bertajuk "Sui Tang Romance" yang berkisar dalam tahun 620 CE semasa permulaan Dinasti Tang. 



Kisahnya mengenai seorang lagi pejuang wanita bernama Dou Xianniang yang menjadi saudara perempuan Mulan atau dipanggil laotong. Versi pertama kisah tersebut ditulis pada kurun ke-6 bertajuk "Musical Records of Old and New" yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada cerita rakyat orang China.

Menurut puisi yang asli, Hua Mulan sedang duduk di dalam kamarnya semasa ahli keluarga lelaki diarah untuk menjadi askar untuk mempertahankan negara. Beliau tidak mahu ayahnya yang sudah tua dan sakit untuk menjadi askar manakala adik lelakinya pula masih terlalu muda. Oleh itu beliau mengambil tempat ayahnya untuk menjadi askar selepas mendapat restu dari ibunya. 

Selepas itu Mulan menjadi seorang pejuang wanita yang terlatih dalam seni mempertahankan diri, bermain pedang dan memanah selepas berjuang selama 12 tahun. Selepas itu beliau ditawarkan jawatan yang rasmi tetapi beliau hanya meminta seekor unta untuk menghantar beliau pulang. Apabila beliau memakai pakaian tradisional wanita barulah beberapa rakan askar mengetahui bahawa beliau seorang perempuan.




Di dalam versi "Sui Tang Romance yang mula dikeluarkan pada tahun 1695, Mulan mempunyai adik-beradik perempuan dan seorang bayi lelaki, menyebabkan beliau mengambil-alih tempat ayahnya yang bernama Hua Hu sebagai askar. Anak kepada raja juga seorang pejuang wanita bernama Xianniang. Beliau juga teruja apabila mengetahui bahawa Mulan seorang wanita yang juga berjuang dan akhirnya mereka menjadi laotong. Malangnya dalam versi kisah ini, raja tersebut telah dijatuhkan dan mereka menyerah diri dan dijatuhkan hukuman bunuh. Walau bagaimanapun, mereka tidak terbunuh dan ibu maharaja memberikan Mulan wang untuk keluarganya. Ayah Mulan mati tanpa kehadirannya dan ibunya berkahwin lain. Mulan pula diarahkan untuk menjadi gundik raja dan akhirnya beliau membunuh diri.

Terdapat beberapa versi filem kisah Hua Mulan, dimana yang pertama ditayangkan pada 1927 berserta dengan lakonan teater opera. Filem animasi versi China pernah ditayangkan pada 1998 dimana wataknya boleh bercakap dengan haiwan. Filem animasi Disney sebenarnya telah memperkenalkan kisah Mulan kepada  dunia Barat dan peminat kemudiannya menonton sekuel filem animasi tersebut iaitu Mulan II.




Terdapat beberapa buku mengenai kisah Mulan dan watak beliau juga digunakan dalam komik "Deadpool Killustrated" pada tahun 2013, dimana beliau bersama rakan lain berjuang untuk menghalang Deadpool daripada membunuh karakter sastera.

Disney sedang membuat filem aksi hidup mengenai kisah Mulan yang akan ditayangkan pada 27 Mac 2020. Filem ini akan dibintangi oleh Liu Yifei sebagai Mulan, Donnie Yen sebagai mentor, Jason Scott Lee, Gong Li, Jet Li dan Tzi Ma. Xana Tan akan berlakon sebagai Hua Xiu kakak Mulan. Filem ini diarahkan oleh Niki Caro.




Benar atau tidak, kisah Hua Mulan adalah kisah teladan mengenai perjuangan seorang wanita yang memilih untuk melanggar tradisi dan berjuang demi untuk ayahnya.


Sumber:  Syfy.com

Post a comment

0 Comments