Lamanfo.com

Laman Informasi

KONSOL TERBARU MICROSOFT XBOX SERIES S AKAN DILANCARKAN PADA LEWAT 2020.



Konsol terbaru daripada Microsoft iaitu Xbox Series S dijangka akan dilancarkan pada lewat tahun 2020. Microsoft telah mengeluarkan beberapa imej dan media informasi mengenainya di laman internet. Kita akan menjangkakan lebih banyak lagi maklumat mengenainya sebelum cuti perayaan tahun 2020. 

Xbox Series S kelihatan agak berbeza dengan konsol sebelum ini. Bentuknya kelihatan lebih seperti komputer biasa atau seperti router. 

Ia kelihatan lebih tinggi daripada konsol yang lama, segi empat dan berwarna hitam. Ramai orang membandingkannya seperti peti sejuk dan ianya seolah-olah bertujuan untuk diseragamkan dengan perkakas rumah yang lain.

Selepas beberapa generasi kita mendapati konsol berubah daripada benda yang berfungsi untuk satu kegunaan kepada benda yang berbagai fungsi dan ianya boleh diperkatakan sebuah produk yang boleh diletak di atas kabinet ruang tamu anda tanpa disedari kehadirannya. Rekaan segiempatnya dapat ditegakkan atau dibaringkan sesuai dengan keperluan ruangan anda.

Versi terbaru Pengawal atau Controller Tanpa Wayar Xbox datang bersama sistem terbaru tersebut. Ianya agak kecil sedikit berbanding versi lama untuk memastikan kegunaannya untuk semua lapisan masyarakat, kata Phil Spencer, ketua Xbox.
Butangnya agak besar dengan tambahan butang Share untuk mengambil foto skrin dan video. Pengawal butang yang baru tersebut juga bersesuaian digunakan untuk Xbox One dan sistem Windows 10.

Series X ini juga boleh memainkan permainan dari sistem yang lama dan juga boleh dipasangkan aksesori dari Xbox One.
Informasi mengenai spesifikasinya agak ringkas buat masa ini, tetapi Spencer menjanjikan permainan dalam mod 4K pada 60FPS (dengan potensi hingga 120FPS) dan menyokong kedua-dua Variable Refresh Rate (VRR) dan mod 8K.

Dikuasakan dengan pemproses versi baru Zen 2 yang dibina khas dan generasi terkini arkitektur  RDNA daripada syarikat AMD, Xbox Series S akan memberikan tahap prestasi yang belum pernah dilihat sebelum ini. Tambahan pula, teknologi yang telah dipatenkan iaitu Variable Rate Shading (VRS) akan membolehkan pembuat permainan menggunakan kelebihan GPU XBOX Series S dan juga SSD generasi terbaru akan meminimakan lagi masa pembukaan sesuatu permainan atau dengan ringkas "loading time" dan membolehkan pemain bermain dengan lebih pantas.


Sumber: TechCrunch

Catat Ulasan

0 Ulasan