MENONTON ANIME BANTU PEMBELAJARAN MENURUT PENGKAJI JEPUN

Lamanfo.com

Laman Informasi

MENONTON ANIME BANTU PEMBELAJARAN MENURUT PENGKAJI JEPUN



Sekiranya anda seorang peminat anime maka kajian yang dibuat di Jepun membuktikan anime menimbulkan minat terhadap dunia sebenar dan juga kelakuan yang positif.

Para pengkaji meneliti minat orang awam selepas sebuah anime baru mengenai seorang gadis perempuan bersama rakan binatangnya (yang mana anthropomorphic) telah menjana populariti di Jepun.

Bukti menerangkan bahawa media yang berkaitan haiwan menginspirasikan penonton untuk mempelajari lebih mengenai spesis haiwan tersebut khususnya haiwan yang jarang diketahui.

Dalam penayangan anime Kemono Friends selama 18 bulan terdapat peningkatan sejumlah 4.66 juta carian Google dan 1 juta paparan Wikipedia mengenai spesis binatang yang digambarkan sebagai karakter anime tersebut berbanding 18 bulan sebelum penayangannya.


Para pengkaji tersebut juga ada memeriksa rekod derma dalam dana konservasi zoo. Zoo Tokyo membenarkan derma diberikan untuk spesis tertentu dan hasil pemeriksaan mendapati peningkatan jumlah derma selepas anime Kemono Friends ditayangkan dan derma untuk spesis  haiwan yang ada dalam anime tersebut menunjukkan peningkatan yang tertinggi.

"Pada mulanya, kami berpendapat anime hanya sebuah hiburan dan kami tidak mengambil perhatian kepada data yang diperolehi tetapi anime Kemono Friends telah jelas menunjukkan minat masyarakat terhadap hidupan liar tanpa mengira status terkini  spesis tersebut, " kata Professor Madya Yuya Fukano dari Universiti Institut Tokyo untuk Sustainable Agro-ecosystem Services.


Kisah anime Kemono Friends bukanlah kes terpencil untuk membuktikan bagaimana anime meningkatkan minat penonton kepada dunia sebenar.


Cerita anime Cells at Work! adalah sangat popular dan mempunyai kebenaran sehinggakan para pendidik telah menggunakan anime tersebut dalam kurikulum mereka dan dijadikan sebagai kerja rumah sekolah.

Cells at Work! secara amnya ialah cerita mengenai sel di dalam badan kita dimana setiap episode mengetengahkan perjuangan dan perhubungan dalam menjaga kesihatan badan kita.

Anime tersebut juga telah mendapat pujian daripada guru biologi, pelajar dan pengkaji kanser kerana menunjukkan dengan tepat fungsi biologi sel.

Ia menunjukkan bagaimana sel-sel imunisasi mengelakkan dari awal kanser daripada merebak dan ini dipersetujui oleh para pengkaji kanser, kata Dr Satoru Osuka dari Sekolah Perubatan, Universiti Emory di Atlanta, Georgia.


Anime dan apa juga bentuk media yang popular boleh dengan senang menjadikan topik yang susah serta kompleks menjadi senang difahami oleh pelajar dan juga orang awam.

Didorong oleh minat masyarakat, anime Kemono Friends telah berkerjasama dengan zoo untuk mengilustrasikan setiap jenis binatang di zoo untuk dipamerkan dalam paparan dan poster di kawasan zoo.


Pereka anime tersebut juga telah memberikan dana kewangan kepada zoo yang terlibat dan badan World Wide Fund untuk Alam Sekitar.

Fukano dan juga rakan kerjasamanya bercadang untuk meneruskan kajian mengenai kaedah luar dari biasa untuk meningkatkan minat masyarakat dalam projek konservasi hidupan liar.

Beliau optimis bahawa kerjasama di antara para penghibur dan para konservasi dapat menarik jumlah penonton yang ramai dan tarik minat mereka kepada topik alam sekitar.


Sumber: The Rakyat Post

Post a comment

0 Comments