Lamanfo.com

Laman Informasi

PENGECAMAN PARAS MUKA IPHONE LEBIH SELAMAT DARIPADA SISTEM PENGECAMAN DI LAPANGAN TERBANG.



Pengecaman paras muka merupakan satu kaedah pengesahan identiti seseorang yang selamat. Kini banyak pusat pemeriksaan, lapangan terbang dan telefon pintar telah mula menggunakan teknologi tersebut untuk tujuan pengesahan. Walau bagaimanapun, adakah teknologi ini boleh berdayaharap?

Para pengkaji daripada Krenon, sebuah syarikat berkaitan AI telah melaporkan bahawa mereka telah berjaya menipu sistem pengecaman paras muka menggunakan topeng 3D yang mereka buat.

Pembuatan topeng tersebut tidak melibatkan teknologi yang canggih. Ianya hanya menggunakan bahan-bahan yang murah seperti topeng permainan Spiderman yang dijual di pasaraya. Para pengkaji tersebut berjaya menipu pusat pemeriksaan, bank dan juga lapangan terbang dengan memakai topeng tersebut yang tercetak paras muka orang lain.



Penggunaan pengecaman paras muka ialah bertujuan untuk menjimatkan masa dan tenaga semasa proses pengesahan identiti seseorang. Walau bagaimanapun, selepas eksperimen ini dibuat menunjukkan teknologi tersebut tidak begitu selamat dan tepat. Tambahan pula, para pengkaji tersebut dapat melepasi proses pengesahan terminal Wechat Pay dan AliPay yang memerlukan pengesahan paras muka untuk pembayaran di kedai tersebut. 

Apa yang  memeranjatkan ialah kebanyakan sistem pengesahan paras muka pada Huawei dan Apple tidak dapat ditipu apabila para pengkaji cuba untuk membuka kekunci pada telefon pintar tersebut menggunakan topeng muka. Sebab utama mungkin disebabkan teknologi cahaya imej yang sangat sofistikated dan sukar untuk ditipu. Walau bagaimanapun, terdapat orang terdahulu yang cuba membuka kekunci Apple Face ID menggunakan topeng yang dibuat oleh pembuat topeng profesional dan ianya berjaya dilaksanakan.

Sekiranya anda fikir sistem pengecaman paras muka di lapangan terbang masih selamat berbanding dengan telefon pintar anda maka anda harus memikirkannya semula.




Bagaimana Pengecaman Paras Muka Berfungsi?

Anda mungkin sangat baik dalam mengecam muka seseorang. Anda mungkin juga dapat mengenalpasti ciri-ciri paras muka keluarga, pasangan dan rakan anda seperti bentuk mata, hidung dan mulut mereka.

Begitulah juga bagaimana sistem pengecaman paras muka berfungsi tetapi dengan kaedah yang lebih besar pada tahap algoritma. Sekiranya anda nampak paras muka seseorang itu, teknologi pengecaman pula  melihatnya sebagai data maklumat. Data tersebut boleh disimpan dan diakses, contohnya hampir separuh orang dewasa warga Amerika Syarikat mempunyai imej paras muka mereka tersimpan dalam satu atau lebih pusat data maklumat dan boleh dicari oleh agensi penguatkuasa, menurut kajian Universiti Georgetown.

Berikut ialah beberapa langkah asas bagaimana sistem pengecaman paras muka berfungsi.

Langkah 1 - Gambar paras muka anda diambil daripada foto atau video. Muka anda boleh jadi sendiri atau di kalangan orang ramai. Imej muka anda kelihatan melihat ke depan atau hampir-hampir tegak.

Langkah 2 - Perisian pengecaman paras muka membaca geometri muka anda. Faktor utama termasuk jarak antara mata dan jarak antara dahi dan dagu anda. Perisian tersebut mengenalpasti bentuk mukabumi paras muka anda - satu sistem berupaya mengenalpasti 68 daripadanya - yang menjadi kunci utama dalam mengenalpasti muka anda. Hasilnya ialah seumpama tandatangan anda dalam bentuk paras muka ataupun tandamuka. 

Langkah 3 - Tandamuka anda - sebuah formula matematik- dibandingkan dengan data maklumat paras muka yang tersimpan dalam pusat data. Sekurang-kurangnya ada 116 juta warga Amerika Syarikat yang imej muka mereka tersimpan pada satu atau lebih di dalam pusat data maklumat polis. Menurut laporan pada bulan Mei 2018, FBI telah mengakses 412 juta imej muka dalam pencarian mereka.

Langkah 4 - Satu pengesahan dibuat. Paras muka anda menepati sebuah imej yang tersimpan dalam sistem pusat data.



Bagaimana Apple FACE ID berfungsi?

Pengesan Face ID terletak pada lubang kecil pada bahagian atas skrin model iPhone yang mempunyai teknologi tersebut. Pengesan tersebut termasuk:

Projektor Titik - Projektor ini memberi 30,000 titik ghaib pada paras muka anda. Titik-titik tersebut digunakan untuk memetakan struktur dan kedalaman paras muka anda. Ianya akan membina peta 3D muka anda menurut Apple.

Kamera Inframerah - Kamera ini membaca semua titik daripada projektor dan menangkap imej gambar.

Flood Illuminator - Tambahan cahaya inframerah ini membantu memastikan sistem pengecaman berfungsi walaupun pada keadaan gelap.

Peta paras muka anda yang ditangkap oleh kamera inframerah tersebut akan dibandingkan dengan data maklumat yang tersimpan dalam iPhone anda untuk tujuan membuka kekunci telefon pintar anda ataupun untuk pengesahan transaksi Apple Pay. Ianya juga digunakan untuk membuat animoji iaitu sebuah emoji yang beranimasi dipetakan ke muka anda.

Menurut Apple, sistem ini sangat pintar dan sensitif dan ianya dapat mengenali muka anda walaupun anda telah memotong rambut, memakai kacamata, menyimpan atau memotong janggut dan juga peningkatan umur. Namun demikian, terdapat juga kes dimana Face ID tersilap identiti seseorang termasuk pasangan kembar dan kanak-kanak yang hampir menyerupai ibubapa mereka.





Sumber: TechNave.com, Norton.com, Lifewire.com, Google Image

Lihat juga: BOLEHKAH SISTEM PENGECAMAN PARAS MUKA BERFUNGSI DALAM SEMUA KEADAAN?

Catat Ulasan

0 Ulasan