WHATSAPP TIDAK LAGI BOLEH DIGUNAKAN DALAM TELEFON PINTAR INI.

Lamanfo.com

Laman Informasi

WHATSAPP TIDAK LAGI BOLEH DIGUNAKAN DALAM TELEFON PINTAR INI.



Telah dijangkakan bahawa akan sampai masanya telefon pintar yang menggunakan OS versi lama tidak lagi dapat dikemaskini untuk program atau aplikasi terbaru. Kali ini aplikasi Whatsapp tidak lagi boleh digunakan dalam berjuta telefon pintar lama.

Menurut notis syarikat yang juga pemilik Facebook dalam halaman sokongan sistem mereka, "Disebabkan kami tidak lagi secara aktif membina untuk sistem operasi sebegini, beberapa ciri-ciri akan berhenti berfungsi pada sesuatu masa."

Oleh yang demikian, anda seharusnya bersedia untuk kehilangan aplikasi Whatsapp sekiranya telefon pintar anda menggunakan sistem operasi seperti berikut:

-Android versi 2.3.7 dan versi yang lama,


-iOS 8 dan versi yang lama,


-Semua telefon pintar menggunakan Windows OS dari 31hb Disember 2019.


Telefon pintar Windows OS akan berhenti mendapat akses Whatsapp dari Januari 2020 diikuti oleh telefon pintar Android dan iOS selepas 1hb Februari 2020. Versi lama sistem operasi Android dan iOS tidak lagi boleh membuat akaun baru dan juga mengemaskini akaun yang sedia ada selepas 1hb Februari 2020." Ini secara asasnya menamatkan penggunaan Whatsapp pada telefon pintar tersebut.

Secara khususnya, berikut ialah telefon pintar utama yang akan terjejas:

Iphone 4

Iphone 4 hanya dapat dikemaskini sehingga iOS 7.1.2 dan tidak berupaya dikemaskini kepada iOS 8.

Google Nexus One

Nexus One kini menggunakan sistem operasi Google Android 2.3.6, Gingerbread dan tidak dapat dikemaskini ke Ice Cream Sandwich.

Samsung Galaxy S dan Galaxy Nexus S

Sementara Samsung Galaxy S hanya dapat menggunakan Android Gingerbread, telefon pintar Galaxy Nexus S masih ada peluang untuk dikemaskini ke Android Ice Cream Sandwich untuk terus menggunakan aplikasi Whatsapp.

Semua Telefon Pintar Menggunakan Windows OS.

Secara kesimpulannya, semua telefon pintar yang menggunakan Windows OS akan terlibat. 

Sekiranya anda menggunakan telefon pintar lama tersebut dan bergantung kepada penggunaan aplikasi Whatsapp maka disarankan untuk tingkat naik atau tukarkan telefon pintar anda. 


Sumber:  Stuff.tv

Post a comment

0 Comments