Lamanfo.com

Laman Informasi

10 ASTEROID BESAR YANG MENGANCAM BUMI PADA TAHUN 2020.



Asteroid terbesar yang akan melalui dekat dengan Bumi pada tahun 2020 ialah sebesar 4 km lebar iaitu Asteroid 52768 (1998 OR2) pada kelajuan 31,320 kilometer sejam (kmj).




Asteroid 136795 (1997 BQ) merupakan asteroid kedua terbesar dengan 1 km lebar. Ianya lebih laju iaitu 42,048 kmj dan akan lebih dekat menghampiri Bumi berbanding asteroid pertama tadi.



Asteroid 163373 (2002 PZ39) merupakan batu angkasa ketiga terbesar yang akan menghampiri Bumi pada 15 Februari 2020.



Asteroid 153201 (2000 WO107) merupakan  salah satu daripada asteroid terbesar dan juga terpantas yang menghampiri Bumi pada tahun 2020. Asteroid ini selaju 90,252 kmj yang akan hampir pada 29 November.



Asteroid 163348 (2002 NN4) dijadualkan menghampiri Bumi pada 6 Jun 2020 dengan kelajuan 40,140 kmj.



Asteroid (2019 UO) adalah asteroid pertama yang  akan menghampiri Bumi dijangka pada 10 Januari dengan kelajuan 33,840 kmj.



Pada musim panas, Asteroid 388945 (2008 TZ3) akan menghampiri Bumi pada 10 Mei 2020. Batu sebesar setengah kilometer ini akan bergerak selaju 31,608 kmj.



Pada bulan Mei juga terdapat satu lagi batu asteroid iaitu Asteroid 438908 (2009 XO) yang agak kecil. Asteroid ini akan menghampiri Bumi tiga hari sebelum Asteroid 388945 (2008 TZ3) dengan kelajuan 46,008 kmj.



Asteroid (2012 XA133) merupakan batu angkasa yang kesembilan terbesar yang akan menghampiri Bumi. Walaupun jaraknya agak jauh sedikit dari Bumi tetapi kelajuannya ialah 85,212 kmj.



Sehari sebelum Hari Easter, Asteroid 363599 (2004 FG11) akan menghampiri Bumi dengan kelajuan 88, 164 kmj pada 11 April 2020.




​Sumber: Business Insider

Lihat juga: ASTEROID LALU HAMPIR DENGAN BUMI TAHUN 2020

Catat Ulasan

0 Ulasan