Kisah ini ialah mengenai Puan Cahaya yang berkongsi pengalaman beliau menghafaz ayat Al-Qur'an khususnya surah Al-Mulk dan beliau kongsikan kisah tersebut di The Vocket pada tahun 2016 dengan tajuk seperti di atas. Semoga perkongsian beliau dapat memberi manfaat kepada sidang pembaca In Shaa Allah.
Allahu Akbar, Allah Maha Baik! Tidak terjangkau dek akal, dan seperti dalam mimpi Allah berikan kemudahan menghafaz buat saya orang awam yang bukan background hafiz / hafizah.
Begini ceritanya, lebih kurang 2 minggu lalu saya membuat cabaran untuk diri sendiri untuk:
1. Hafaz
2. Faham
3. Aplikasi
Jujurnya sebelum itu saya hanya mendengar atau membaca sahaja Surah Almulk sebelum tidur.
Langkah-langkahnya:
1. Niat
Niat yang baik Allah permudahkan.
Memandangkan saya bukan background hafizah, saya buat target kecil sahaja, satu hari hanya satu ayat.
3. Hafaz dan Ulang-ulang
Selain itu saya mengambil peluang untuk ulang bacaan di dalam waktu solat, selepas surah Al-fatihah untuk surah sunat, saya akan membaca ayat-ayat yang baru dihafaz berulang-ulang serta memahami maksudnya mengikut Teknik Faham Arab Alquran.
Faham dan bercakap Arab menggunakan bahasa Alquran: Bukan sekadar menghafaz, tetapi menghafaz dengan mengetahui satu per satu vocab (perkataan) Arab seperti bercakap.
Kerana dahulu pernah juga mahu menghafaz, tetapi saya selalu terkeliru perkataan-perkataan Arab terkadang menyebabkan percampuran ayat lain di ayat yang lain.
Alhamdulillah apabila menggunakan Teknik “Faham Arab Alquran” Alhamdulillah Allah menjadikan ianya mudah.
Contoh: Sebagai contoh ayat ke 9 surah Al-Mulk, sewaktu mengulangi bacaan saya agak keliru, tetapi saya teringat maknanya tentang “kesesatan yang besar”.
Alhamdulillah terus boleh meng”Arab”kan makna tersebut:
في ضلال كبير
5. Berjemaah
Hafaz secara berjemaah, cara dorong mendorong sesama pencinta Alquran dan sahabat.
6. Ayat baru
Hafazan untuk ayat baru saya selalu bermula sebelum atau selepas subuh atau sebelum tidur.
Alhamdulillah dengan langkah-langkah seperti di atas, Allah permudahkan saya untuk hafaz, faham dan cuba aplikasi Ayat 1-10 Al-Mulk dalam tempoh kurang 2 minggu.
Subhanallah! Lagi 2/3 surah (Al-Mulk ada 30 ayat).
Sedangkan sebelum itu hidup lebih kurang 33 tahun pun tak hafaz dan faham2 surah Al-Mulk!
Allahu Akbar, saya doakan semua yang membaca penulisan ini menjadi pencinta Alquran, dan Alquran menjadi Syafaat buat kita di akhirat dan kita semua ditemukan di Jannah!
Amin Amin.
Sumber: The Vocket, penulis
0 Ulasan