Lamanfo.com

Laman Informasi

ALAT-ALAT INI DIJANGKA HILANG PADA DEKAD INI.


Sementara anda bersedia untuk kereta yang memandu sendiri, telefon pintar dengan skrin boleh lipat dan kacamata AR selang beberapa tahun lagi, dekad yang seterusnya anda akan kehilangan beberapa gajet yang anda minati.

Gambar hiasan (Sumber: Vectorstock.com) 

Beberapa gajet yang dimaksudkan ialah seperti berikut:



Konsol Permainan Video. 

Dengan pengenalan permainan video menggunakan perkhidmatan Cloud Streaming seperti Apple Arcade, Google Stadia dan yang akan datang Microsoft XCloud akan mengubah cara kita bermain permainan video dan ianya akan mengugat tradisi permainan video yang menggunakan konsol seperti Microsoft Xbox dan Sony Playstation.

Playstation 3 (Sumber:Wikipedia) 


Permainan video menggunakan cloud steraming akan menjadi trend terbaru selepas musik dan video. Satu kelebihan permainan cloud berbamding permainan tradisi me ggunakan konsol ialah kos penetapan yang murah dan boleh dimainkan di telefon pintar, tablet, PC dan juga TV.

Kunci utama kelebihan permainan cloud ialah pemain boleh bermain bersama pada platform yang berbeza dengan mudah. Pemain juga boleh mengikuti pertandingan permainan video seperti Fortnite World Cup, Intel Extreme Masters dan banyak lagi.


Kamera video. 

Camcorder (Sumber: Wikipedia) 

Dekad yang lalu kita melihat kamera video menggantikan kamera filem. Syarikat teknologi besar seperti Panasonic atau Sony merupakan pembuat utama kamera video yang hanya bercirikan beberapa megapiksel dan jangkahayat bateri yang pendek.

Dalam beberapa tahun kemudian, kita dapat melihat perkembangan dalam kamera DSLR. Kamera tanpa cermin dan telefon pintar menjadi popular dalam rakaman video di kalangan pengguna.


Fon Telinga Berwayar.

Pada tahun 1990an kita dapat melihat perkembangan dalam pencinta musik dalam bentuk Walkman dan fon telinga berwayar. Walau bagaimanapun, era Walkman berakhir selepas perlancaran fon multimedia yang mebolehkan pengguna menyimpan musik dalam telefon pintar mereka.

Fon Telinga Berwayar (Sumber: Wikipedia) 

Pada mulanya, fon telinga tanpa wayar agak mahal harganya tetapi dengan adanya aksesori buatan China harganya menjadi semakin murah. Dengan permintaan kepada fon telinga tanpa wayar yang meningkat akan menyebabkan fon telinga berwayar dijangka akan menjadi sejarah dalam beberapa tahun lagi.


Pemain DVD. 

Pemain DVD (Sumber: Wikipedia) 

Pemain DVD sebenarnya diperkenalkan kepada pengguna pada pertengahan 90an dan dengan cepat menjadi sumber hiburan. Walau bagaimanapun, dengan platform streaming seperti Netflix, Amazon Prime yang disertai dengan pemain Bluray sedia terpasang pada komputer riba dan konsol seperti Playstation 3, teknologi DVD tidak lama lagi akan berakhir.

Perkhidmatan On-Demand daripada syarikat penyiaran seperti Astro adalah langkah pertama dalam penghapusan sewaan cerita filem  dalam bentuk fizikal.


Jam Tangan Digital.

Jam digital khususnya buatan Jepun seperti Seiko dan Casio merupakan sesuatu yang diidamkan oleh kanak-kanak pada tahun 1990an.

Jam digital (Sumber: Wikipedia) 

Paparan digital menjadi popular selepas penayangan filem James Bond bertajuk Live and Let Die pada tahun 1973 walaupun jenama jam Rolex yang digunakan dalam filem tersebut.

Dengan perkembangan aksesori tangan pintar khususnya dalam bentuk jam pintar dan fitness band telah mengakhiri bisnes jam digital yang original. 


Sumber: Livemint, Wikipedia

Catat Ulasan

0 Ulasan