Lamanfo.com

Laman Informasi

AMARAN KEMENTERIAN KESIHATAN: HATI-HATI DOKTOR PALSU.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini mengeluarkan amaran penipuan melalui laman Facebook mereka mengenai kehadiran doktor palsu di Malaysia. 

Menurut akhbar New Straits Times, semua pengamal perubatan dan pergigian mesti berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Majlis Pergigian Malaysia (MDC).

Polis menasihatkan orang awam untuk memastikan doktor mereka berdaftar dengan pihak berkuasa dan memberi amaran kepada doktor palsu boleh didenda sehingga RM300,000, penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.



Pengarah Kementerian Kesihatan (MOH), Jeneral Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu doktor palsu dikategorikan kepada tiga kumpulan.

Menurut Dr. Noor Hisham, kategori doktor palsu termasuk individu seperti berikut:

-Tidak berdaftar dengan MMC atau MDC,


-Mengamalkannya di fasiliti kesihatan yang tidak berdaftar tanpa lesen, atau

-Tidak mempunyai pengiktirafan dan menggunakan gelaran 'doktor' tanpa sijil yang sah.


Beliau menjelaskan terdapat individu yang menyediakan pusat penjagaan perubatan di premis yang tidak berdaftar dan tidak berlesen dan banyak lagi yang tidak berkelayakan menyediakan penjagaan kesihatan tetapi bekerja di fasiliti penjagaan kesihatan persendirian.

"Kumpulan ketiga adalah individu yang menggunakan gelaran 'doktor' yang boleh menimbulkan kekeliruan bahawa beliau kononnya ialah seorang doktor perubatan dengan niat untuk menjual produk atau mendapatkan kepercayaan pelanggan," beliau memberitahu Bernama.

Selama beberapa tahun, terdapat laporan orang yang berlakon sebagai doktor dan menawarkan perkhidmatan pergigian yang murah di hotel-hotel yang boleh membahayakan nyawa mereka yang 'dirawat'.

Akhbar Malay Mail melaporkan pada tahun 2018, menurut statitistik MOH, tindakan telah diambil terhadap 28 doktor yang sah atau pemegang lesen kerana melantik doktor yang tidak berdaftar. Walau bagaimanapun jumlahnya menurun kepada separuh tahun lalu.

Walaupun kesnya tak banyak, orang awam sepatutnya lebih berwaspada kerana rawatan perubatan yang tidak betul boleh mengancam nyawa mereka.

Namun begitu, ianya agak sukar untuk dibendung kerana secara umumnya ramai orang menginginkan penjagaan perubatan yang cepat dan murah.

Dr. Noor Hisham berkata banyak faktor yang dipercayai menggalakkan individu yang tidak berdaftar untuk membuka klinik atau memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan hanya disebabkan pendapatannya yang lumayan.

Beliau memberitahu bahawa faktor lain termasuk  kos yang mahal untuk mendapatkan rawatan di pusat penjagaan kesihatan persendirian, pesakit yang tidak dilindungi insurans, masa menunggu yang lama di pusat penjagaan kesihatan awam, kurang kefahaman memgenai bahaya mendapatkan rawatan daripada individu yang tidak terlatih dan juga ada yang percaya kepada iklan.

Sehubungan dengan itu, orang awam boleh memeriksa status pendaftaran doktor perubatan dan doktor pergigian mereka secara dalam talian.

Anda boleh memeriksa sekiranya pengamal perubatan anda adalah yang berdaftar dengan melayari laman web MMC.



Anda boleh juga periksa sama ada doktor pergigian anda adalah berdaftar dengan mengklik pada  ikon  'Search for Dental Practitioners' di laman web MDC.



Sementara itu, Pengarah Pembantu Prinsipal dari Jabatan Pendakwaan dan Bahagian Undang-Undang Penyiasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid menggesa orang awam untuk melaporkan mana-mana individu yang disyaki menyamar sebagai doktor perubatan.



Catat Ulasan

0 Ulasan