BATERI PALING BERKUASA DI DUNIA TELAH BERJAYA DIHASILKAN MENURUT PENGKAJI.

Lamanfo.com

Laman Informasi

BATERI PALING BERKUASA DI DUNIA TELAH BERJAYA DIHASILKAN MENURUT PENGKAJI.



Para pengkaji di Australia berkata mereka telah menghasilkan bateri boleh cas semula yang paling berkuasa di dunia menggunakan lithium-sulfur dan juga dikatakan empat kali lebih baik daripada bateri terkuat yang sedia ada. 

Tambahan lagi, bateri lithium-sulfur ini adalah ringan dan lebih murah daripada bateri lithium-ion yang kini digunakan secara meluas dan boleh dihasilkan secara kos efektif dan lebih mesra alam menurut kata para pengkaji.

Inovasi tersebut yang dihasilkan oleh para pengkaji dari Universiti Monash di Clayton, Australia timbul selepas membuat ujian terhadap bateri lithium-ion dan telah mengenalpasti batasannya memandangkan penggunaannya yang sedang berkembang pada kenderaan, telefon pintar dan peralatan yang lain.

Kandungan asas bateri tersebut yang masih dalam pembangunan terdiri daripada elektrod sulfur yang berdaya tahan dan ianya pernah disiarkan dalam Jurnal AS Science Advances oleh salah seorang pengkaji tersebut iaitu Mahdokht Shaibani.

Teknologi ini juga berguna untuk bidang penerbangan dimana kapal terbang perlu untuk memastikan beban yang ringan menurut rakan pengkaji, Holger Althues daripada Fraunhofer Institute for Material and Beam Technology di Dresden.

Walaupun saiz bateri ini lebih besar daripada lithium-ion, sel lithium sulfur boleh menyimpan lebih banyak tenaga pada berat yang sama.

Satu kelemahan bateri lithium-sulfur ialah bahagian katodnya kelihatan jelas mengembang dan menguncup dengan ketara apabila menyerap dan mengeluarkan lithium. Ini biasanya akan menyebabkan retakan kecil pada material dan sel tersebut akan cepat rosak.

Walau bagaimanapun, pengkaji dari Australia berkata mereka telah menghasilkan dan mempatenkan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

"Pendekatan ini bukan sahaja memberi kelebihan kepada prestasi pengurusan data dan jangkahayat yang lama, tetapi pembuatan yang ringkas dan kos efektif menggunakan proses berunsurkan air," kata pengkaji dari Monash, Matthew Hill.

"Ianya juga boleh mengurangkan pembuangan sisa berbahaya kepada alam sekitar."


Sumber: The Star


Post a comment

0 Comments