Lamanfo.com

Laman Informasi

BOEING BEKERJASAMA DENGAN TACTICAL ROBOTICS UNTUK MENGHASILKAN TEKNOLOGI VTOL.



Boeing telah menandatangani persetujuan dengan syarikat Tactical Robotics yang berpusat di Israel, perjanjian penerokaan yang dilihat dua syarikat berkenaan bersama-sama dalam "pembangunan, penghasilan dan pemasaran" kapal terbang Tactical Robotic yang berkebolehan berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL) menggunakan teknologi rotor tertutup dikenali sebagai "Fancraft". 

Sebenarnya Urban Aeronautics yang memiliki Tactical Robotics telah membangunkan "Cormorant", kereta terbang yang berupa seperti Hunvee tetapi boleh berlepas dan mendarat secara menegak dengan menggunakan rotor Fancraft. 

Tidak seperti rotor terbuka, ianya terpasang di dalam saluran dimana memberikan kelebihan dari segi laluan angin terarah dan memberikan keselamatan kepada sesiapa yang berada di sekeliling kenderaan tersebut disebabkan rotor yang tertutup. 


Kerjasama di antara dua syarikat tersebut akan bermula dengan meneroka opsyen untuk Cormorant dari segi pembuatan dan penggunaan dalam aplikasi seperti tindak balas bencana. Ini merupakan satu contoh bagaimana industri VTOL dapat berkembang dari kerjasama syarikat tersebut dalam segi kerjasama, pelaburan dan pembuatan.



Sumber: TechCrunch, Youtube

Catat Ulasan

0 Ulasan