KISAH LEFTENAN ADNAN DIJADIKAN PERMAINAN VIDEO.

Lamanfo.com

Laman Informasi

KISAH LEFTENAN ADNAN DIJADIKAN PERMAINAN VIDEO.



Leftenan Adnan atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi ialah seorang wira yang terkorban ketika pertempuran di Bukit Candu, Singapura semasa Perang Dunia Kedua.


Mengikut cerita sejarah, selepas sahaja Pertempuran Pasir Panjang, Kompeni “C” dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu diarahkan berundur ke kedudukan Pt. 226 di Bukit Candu. Pemerintah Tentera British mengarahkan pasukan Askar Melayu bertahan di Bukit Candu.

Askar Melayu sedang melakukan serangan mortar di Bukit Chandu. 

Pada jam 4.00 petang, askar Jepun melancarkan serangan habis-habisan ke atas kedudukan Askar Melayu di Bukit Candu.

Leftenan Muda Adnan bin Saidi menggunakan mesingan Lewis untuk menentang askar-askar Jepun dan berjaya membunuh ramai askar Jepun. Walaupun terpaksa bertempur dalam jarak dekat dengan kadangkala terpaksa menggunakan bayonet dan tangan mereka, Askar Melayu terus mematahkan usaha askar Jepun untuk menguasai kedudukan tersebut. Ramai pegawai dan anggota Askar Melayu yang menjadi korban. Leftenan Muda Adnan bin Saidi sendiri cedera parah, tetapi masih berdegil tidak mahu berundur dan terus memberikan tentangan. Keberanian beliau membakar semangat anak-anak buahnya untuk terus berjuang.

Bagi mengenang jasa Leftenan Adnan, beliau telah diabadikan dalam bentuk tugu, filem dan novel.

Terbaharu, watak Leftenan Adnan telah direka dalam bentuk permainan video pula. Permainan video bertajuk Chandu: The Malay Regiment mengetengahkan Leftenan Adnan sebagai watak utama hasil rekaan oleh pelajar-pelajar dari Multimedia University.


Menariknya, permainan ini agak unik kerana pemain harus memakai headset VR beserta dengan controller VR sepanjang masa. Akan tetapi, permainan video itu masih lagi dalam pembangunan awal dan kini ia dalam proses untuk dimasukkan ke dalam platform stream.

Berikutan perkongsian itu, ramai yang berasa teruja dan kagum dengan usaha yang dilakukan. Rata-rata netizen memberikan reaksi positif akan pembangunan permainan video tersebut.

Mana tidaknya, permainan video ini dicipta oleh anak muda tempatan dan mengetengahkan ikon Leftenan Adnan yang kisahnya terkenal di Malaysia dan Singapura. Malah, permainan video ini juga pernah memenangi anugerah di pertandingan ITEX 2019.


Sumber: The Vocket, Wikipedia

Post a comment

0 Comments