Lamanfo.com

Laman Informasi

MISI ANGKASA LEPAS YANG TELAH DIRANCANG PADA TAHUN 2020.



Tahun lalu merupakan tahun yang menarik dalam penjelajahan angkasa lepas khususnya dengan pertama kali dalam sejarah tertangkapnya imej sebuah lubang hitam atau Blackhole oleh Teleskop Event Horizon.

Tahun 2020 juga dijangka akan lebih menarik lagi dengan misi-misi yang telah dirancang seperti berikut:


Penerbangan Manusia ke Angkasa. 


Dragon 2 (Sumber: Geekwire) 

Tahun 2020 merupakan tahun penting untuk penjelajahan manusia ke angkasa lepas khususnya daripada syarikat persendirian. Kedua-dua kapal angkasa SpaceX iaitu Dragon 2 dan Boeing, CST-100 Starliner telah dijadualkan untuk misi penerbangan pertama bersama krew ke Stesen Angkasa Antarabangsa ISS. Kedua-dua projek ini telah mengalami penundaan tetapi beberapa bulan terkini kedua-dua syarikat berkenaan telah berjaya dalam siri ujian penerbangan.


Starliner (Sumber: Hackaday) 

Ianya termasuk ujian pelbagai payung terjun dan kebolehan kapsul untuk melepaskan diri daripada pelancar menggunakan roket sekiranya terjadi kegagalan yang kritikal. Dalam memperkatakan demikian, ujian penerbangan orbit untuk Starliner pada Disember telah gagal menghampiri ISS seperti yang dijadualkan disebabkan masalah perisian. Kapal angkasa SpaceX pula telah selesai ujian orbital Dragon 2 dan dijangka dalam persediaan menerbangkan misi krew pertama mereka pada suku tahun 2020.

NASA pula telah menjadualkan perlancaran Artemis-1 pada November. Ia merupakan percubaan pertama Sistem Perlancaran Angkasa yang terbaru dan kapal angkasa Orion dibina bersama NASA dan Agensi Angkasa Eropah (ESA).


Artemis 1 (Sumber: Wikipedia) 

Perlancaran ini walaupun tanpa krew akan membawa kapal angkasa yang boleh membawa manusia melepasi orbit bulan sebelum kembali semula ke Bumi beberapa minggu selepas itu. Ini amat penting sebagai batu pengukur untuk membawa manusia kembali mendarat di bulan. Sekiranya misi ini berjaya, ianya juga akan menjadi kapal angkasa yang mampu membawa manusia paling jauh dilancarkan daripada Bumi. Kapal angkasa Orion ini terdiri daripada kapsul untuk muatan krew yang dibina oleh Lockheed Martin dengan ruang yang dapat menampung 6 orang dan juga modul perkhidmatan yang dibina oleh Airbus di Eropah.

China juga telah merancang untuk melancarkan bahagian pertama stesen kapal angkasa orbitalnya pada 2020. Bila siap, China menjangkakan saiz stesen kapal angkasanya akan lebih kurang sama dengan stesen kapal angkasa Rusia iaitu Mir dan ini termasuk beberapa modul makmal orbital dan ruang yang cukup luas untuk 3 orang krew untuk tinggal dalam jangkamasa lama di orbit.


Kehidupan di Asteroid?

Agensi Angkasa Jepun (JAXA) telah melancarkan misi Hayabusa 2 pada 2014 yang dapat  mengumpul beberapa sampel daripada asteroid 162173 Ryugu. Ianya dijangka kembali pada tahun 2020. Prosidur yang dibuat untuk mencapai misi ini amat menakjubkan. Ini kerana memandangkan graviti asteroid yang amat kecil, tiada yang dapat mendarat di permukaannya.


Hayabusa 2 (Sumber: Universe Today) 

Sampel pertama permukaan asteroid tersebut diperolehi dengan kaedah penembakan satu pellet kecil ke asteroid tersebut yang akan menyebabkan regolith (tanah) tersembur dari permukaannya. Pada masa yang sama satelit akan menghampirinya untuk memungut debu tersebut.

Misi itu juga telah berjaya mengambil sampel dari dalam asteroid tersebut iaitu kawasan dimana tidak terdedah kepada medium angkasa lepas atau angin solar. Tugas sukar ini melibatkan penembakan objek seberat 2.5kg dengan kelajuan tinggi ke arah asteroid dari jarak selamat dan mendarat sekejap untuk memungut material yang terkeluar. 

Sampel tersebut membolehkan pemerhatian yang terperinci mengenai komposisi asteroid dan memberikan sedikit idea dari mana asal usulnya dan sama ada ia berupaya membawa kehidupan. Ini amat penting kerana ia dapat memberi bukti  sama ada menyokong atau menolak teori panspermia iaitu idea yang mengatakan kehidupan wujud di serata angkasa lepas dan disebarkan melalui asteroid dan meteorite.


Marikh Magnetik. 


Pentadbiran Nasional Angkasa China (CNSA) mempunyai rancangan yang luas pada tahun 2020. Salah satu projek kebanggaan mereka ialah rover Marikh walaupun setakat ini mereka belum pernah melancarkan kapal angkasa orbital di planet Marikh.


Rover berkenaan dijangka akan dilancarkan pada musim panas dan dijangka tiba pada tahun 2021. Ia mempunyai radar yang dapat menembusi ke dalam tanah untuk melihat struktur dalaman Marikh. Radar jenis ini juga dirancang untuk rover Mars 2020 milik NASA dan dijangka akan dilancarkan pada bulan Julai. Kombinasi informasi dalam tanah dari berlainan lokasi dan rover akan menambah lagi pengetahuan mengenai bagaimana Marikh terbentuk.


Rover Mars 2020 (Sumber: theconversation.com)

Rover Mars 2020 telah disetkan untuk misi pertama dalam beberapa siri untuk mendapatkan sampel dari planet Marikh. Rover tersebut juga akan mengukur cuaca dan keadaan magnetik planet Marikh. Planet tersebut kurang mempunyai medan magnetik yang melindungi planet tersebut menyebabkan atmosferanya terdedah kepada kesan angin solar.


Rosalind Franklin Rover (Sumber: ESA) 

Rover ESA yang bernama Rosalind Franklin Rover  merupakan percubaan pertama dalam mendaratkan rover di planet Marikh dan dijadualkan perlancaran pada bulan Julai. Rover tersebut akan membawa instrumen yang direka untuk melihat tanda-tanda kehidupan lampau dan terkini yang wujud di planet tersebut. Ia akan mempunyai alat pengorek yang besar yang mampu mengorek sehingga 2 meter ke dalam tanah.


Misi Pemerhatian Matahari. 

Pada bulan Februari, ESA akan melancarkan misi matahari iaitu Solar Orbiter.


Solar Orbiter (Sumber: Wikipedia) 

Kapal angkasa ini akan turut serta bersama kapal angkasa NASA iaitu Parker Solar Probe, sebuah observatori jarak dekat khas untuk matahari. Walaupun kapal angkasa ESA akan menghampiri matahari lebih jauh dari kapal angkasa NASA, Solar Orbiter akan menghabiskan jangkahayatnya di dalam orbit planet Utarid dengan menempuhi suhu yang beratus darjah kepanasannya.

Dengan bantuan graviti planet Zuhrah, Solar Orbiter menetapkan orbitnya pada kadar 30 darjah dan membolehkan instrumennya melihat kawasan latitud yang lebih tinggi matahari. Ia akan membuat pemerhatian terperinci kepada medan magnetik matahari dan juga aliran keluar plasma ke sekitar sistem solar yang dipanggil angin solar.

Pemerhatian latitud tinggi ini boleh memberi lebih kefahaman kepada para saintis mengenai kitaran aktiviti magnetik solar yang kini masih belum difahami sepenuhnya. Diharapkan juga dengan pemerhatian kawasan aktif tersebut dapat memperbaiki ramalan kejadian cuaca angkasa yang ekstrim.


Sumber: The Conversation

Sila lihat: KENDERAAN ROVER MARS 2020 TELAH LULUS UJIAN.

Catat Ulasan

0 Ulasan