NISSAN: MUFLIS DALAM TEMPOH TIGA TAHUN?

Lamanfo.com

Laman Informasi

NISSAN: MUFLIS DALAM TEMPOH TIGA TAHUN?


                                                                                                Sumber gambar
Tahun 2020 dijangka bakal menjadi tahun yang sukar bagi syarikat Nissan. 

Ini berikutan bekas CEO Nissan, Carlos Ghosn yang didakwa dengan penggunaan wang syarikat telah melarikan diri daripada syarikat tersebut sekaligus meninggalkan negara Jepun.

Carlos Gosn (Sumber Gambar)

Pengalaman beliau menguruskan Nissan sejak 1999 secara tidak langsung membuatkan beliau cukup arif dengan selok belok syarikat tersebut.

Selepas beberapa minggu tanpa berita, Carlos Ghosn baru-baru ini tampil dengan kenyataan menerusi peguambela beliau yang mengatakan syarikat Nissan dijangka muflis dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

Beliau juga turut mengatakan terdapat ancaman pihak ketiga dari dalam syarikat yang cuba menjatuhkan beliau sekaligus mengaitkan beliau mengenai salahlaku wang syarikat.

Berdasarkan laporan, beliau dikatakan telah terbang ke Lubnan. Semuanya disebabkan mahu mengelakkan diri daripada didakwa di Jepun melibatkan salah laku wang syarikat bernilai $8.9 juta (~RM36.50 juta) April tahun lalu yang membuatkan beliau tidak dibenarkan keluar dari negara tersebut.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dibuat Carlos Ghosn mungkin terdapat kebenaran selepas penjualan model kereta Nissan di China dan Eropah semakin menyusut. Syarikat ini juga dijangka bakal membuang 12,500 pekerja seluruh dunia pada akhir suku pertama 2020.

Setakat ini kes Carlos Ghosn masih lagi dalam proses perbicaraan manakala Nissan pada 1 Disember lalu telah melantik Makoto Uchida sebagai CEO Nissan yang baru.


Post a comment

1 Comments