Lamanfo.com

Laman Informasi

ROBOT DENGAN TANGAN ULTRASONIK BOLEH MEMEGANG BENDA TANPA SENTUHAN.

Sekiranya robot diperlukan untuk membantu di tempat-tempat seperti hospital dan kedai membaiki telefon, ianya memerlukan sentuhan yang halus. Sentuhan yang paling halus sebaiknya tidak menyentuhnya langsung. Terkini para pengkaji telah merekacipta pemegang yang menggunakan uktrasonik untuk menahan sesuatu objek di udara dan memberikan potensi kepada kerja-kerja yang halus tersebut. 

Image Credits: Stefan Weiss / ETH Zurich

Ia dilengkapi dengan jajaran pembesar suara kecil-kecil yang mengeluarkan bunyi pada kadar yang dikawal kekuatan bunyi dan frekuensinya. Ini akan menghasilkan gelombang tekanan yang boleh memegang sesuatu objek ke atas dan sekiranya tekanan didatangkan dari pelbagai sudut ia boleh menahan objek tersebut di udara atau mengerakkannya.

Apa yang dipanggil "Levitasi Akustik" sebenarnya bukanlah satu benda baru, kita dapat melihat ianya digunakan di mana-mana tetapi setakat ini masih belum kelihatan ianya digunakan secara praktikal. Marcel Schuck dan pasukan beliau di ETH Zurich, bagaimanapun, percaya peralatan tersebut yang mudahalih akan dapat dilihat di tempat yang memerlukan benda kecil dipegang secara halus.

Sebagai contoh, komponen elektrik yang kecil atau gear kecil atau bearing untuk jam atau robot mikro lebih baik dipegang tanpa sentuhan fizikal kerana sentuhan tersebut boleh menyebabkan cas statik atau habuk. Oleh itu walaupun pemegang robotik ditugaskan untuk kerja tersebut ianya mestilah dipastikan bersih dan diasingkan. Manipulasi akustik dapat mengelakkan pencemaran tersebut.


                       Satu lagi prototaip yang kelihatan menakutkan.

Masalahnya ialah dalam menentukan kombinasi frekuensi dan amplitud yang sesuai untuk menahan sesuatu objek di udara. Oleh itu sebahagian besar projek ini ialah membuat perisian yang dapat mengkonfigurasinya dengan objek baru atau memprogramnya untuk menggerak objek dalam arah yang spesifik - berputar, menterbalikkan atau mengerakkannya ke arah yang ditentukan.

Sebuah prototaip telah siap sepenuhnya, tetapi Schuck merancang untuk mengenalpasti industri yang bersesuaian dan bagaimana alat tersebut berguna kepada industri tersebut. Pembuatan jam amat penting di negara Switzerland dimana komponen-komponennya terdapat yang kecil dan amat sensitif kepada sentuhan. "Roda gear yang bergerigi sebagai contoh akan diselaputkan dengan pelincir dan ketebalan pelincir ini diukur. Walaupun dengan sentuhan kecil dapat merosakkan lapisan filem pelincir tersebut," tegas beliau dalam akhbar ETHZ.


Sumber: TechCrunch

Catat Ulasan

0 Ulasan