SAINTIS MENCIPTA "LOGAM PELIK" DIPENUHI DENGAN IKATAN ELEKTRON.

Lamanfo.com

Laman Informasi

SAINTIS MENCIPTA "LOGAM PELIK" DIPENUHI DENGAN IKATAN ELEKTRON.


Sebuah kumpulan pengkaji antarbangsa telah mencipta apa yang dipanggil "logam pelik" - dan mereka mengatakan ianya boleh membantu memanfaatkan potensi dalam dunia kuantum secara praktikal.

Image: Shutterstock

Secara khusus, logam tersebut menyediakan bukti sifat ikatan kuantum tersebut secara kritikalnya. Tetapi ianya amat sukar untuk difahami, oleh itu mari bermula dengan sesuatu yang pernah dipelajari semasa sekolah menengah iaitu Peralihan Fasa atau Phase Transitions.

Kita selalu melihat bukti klasik peralihan fasa - ais yang melebur kepada cecair dalam suhu tertentu, manakala air yang dipanaskan mengewap menjadi gas pada suhu lain.

Material dalam dunia kuantum juga mengalami peralihan fasa dalam sesuatu kondisi dan apabila sesuatu material kuantum berubah dari satu fasa ke fasa yang lain keadaannya dipanggil "quantum criticality" - dimana ianya membawa kita kepada kajian yang baru ini yang pernah disiarkan dalam jurnal Science.

Para pengkaji tersebut menggunakan elemen ytterbium rhodium dan silikon untuk menghasilkan "logam pelik" iaitu sejenis logam dimana elektron-elektronnya bertindak sebagai satu unit berbanding bergerak bebas dalam logam biasa seperti tembaga dan emas.

Apabila pada suhu teramat rendah - kosong mutlak atau - 273.15 darjah Celsius (-459.67 darjah Fahrenheit) - logam pelik pengkaji tersebut melalui perubahan daripada fasa kuantum, dimana ia bersifat magnetik, kepada fasa yang lain dimana ianya tidak bermagnetik.

Semasa menjalankan eksperimen ke atas filem ultrapure dibuat dari logam, pengkaji mendapati terdapat ikatan kuantum di antara berbilion-bilion elektron di dalamnya.

Oleh itu, kenapa obsevasi ini penting? Ianya boleh membantu usaha kita untuk menghasilkan teknologi kuantum.

                                                                                   Image: Wikipedia

"Ikatan kuantum ialah asas kepada penyimpanan dan pemprosesan informasi kuantum," kata Qimiao Si, seorang pengkaji dari Universiti Rice dalam sidang akhbar. "Dalam masa yang sama, kritikaliti kuantum dipercayai dapat memandu superkonduktor bersuhu tinggi. Oleh itu, penemuan kami mencadangkan keadaan fizik yang sama - kritikaliti kuantum - boleh menuju ke arah platform untuk kedua-dua informasi kuantum dan superkonduktor bersuhu tinggi.

"Apabila kita renungkan kemungkinannya," tambah beliau, "kita akan terpegun dengan keajaiban alam ini."


Sumber: Futurism

Post a comment

0 Comments