TEKS BERTEMPOH UNTUK WHATSAPP.

Lamanfo.com

Laman Informasi

TEKS BERTEMPOH UNTUK WHATSAPP.



Aplikasi WhatsApp dilaporkan sedang menguji fungsi baharu iaitu membolehkan pengguna untuk memadamkan teks mesej dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Fungsi tersebut membolehkan mesej terpadam dengan sendiri atau ‘self-destruct’ dan pengguna boleh melakukan pemilihan untuk beberapa tempoh.

Berdasarkan satu laporan, fungsi itu akan memberi kebebasan kepada pengguna untuk memadam sesuatu teks mesej dalam tempoh satu jam, satu hari, satu minggu dan beberapa pilihan lain.

Facebook yang kini memiliki Whatsapp dikatakan sedang melakukan ujian untuk fungsi berkenaan dan akan dilancarkan bagi versi penuh selepas fasa tersebut tamat.

Walau bagaimanapun, fungsi ini telah pun dilancarkan secara serentak dengan versi beta 2.19.348. Pengguna yang telah mendaftarkan diri mereka untuk program beta Google Play boleh memuat turun versi terbaru aplikasi tersebut.


Catat Komen

0 Ulasan