Lamanfo.com

Laman Informasi

WABAK CORONAVIRUS MENYEBABKAN PERMAINAN INI POPULAR SEMULA.



Wabak Coronavirus telah menyebabkan sebuah permainan menjadi popular semula selepas 8 tahun diperkenalkan. Apa yang pelik ialah permainan ini menjadi popular bukan dari selebriti tetapi disebabkan penularan wabak penyakit tersebut.

Ianya menjadi aplikasi permainan yang terlaris di kalangan pengguna China kerana konsep permainan bertajuk Plague Inc ini mempunyai persamaan dengan wabak Coronavirus yang semakin merebak setakat ini.

Permainan Plague Inc. berkisar mengenai strategi untuk menghasilkan virus yang hebat sebelum pihak saintis menghasilkan ubat dan vaksin sebagai penawar. Pemain akan berjaya memenangi permainan ini sekiranya pemain berjaya menghasilkan virus yang mampu memberi maut kepada orang ramai.

Rata-rata pengguna China bermain permainan ini untuk mengurangkan rasa takut terhadap wabak Coronavirus tersebut.

Plague Inc dilancarkan pada tahun 2012 dan sudah dimuat turun sebanyak 120 juta kali dan telah memperoleh beberapa anugerah permainan terbaik tahunan.

Buat anda yang berminat untuk mencuba permainan ini boleh memuat turun aplikasi permainan ini melalui platform Android, iOS serta Windows.


Sumber: The Vocket, Youtube

Catat Ulasan

0 Ulasan