Lamanfo.com

Laman Informasi

WHATSAPP: BAGAIMANA HENDAK PIN CHAT.



Whatsapp merupakan aplikasi pesanan ringkas yang semakin popular dengan 1.5 bilion pelanggan dan jumlahnya semakin meningkat. Ia digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan, golongan profesional dan juga untuk bertukar media maklumat.

Oleh sebab itu, aplikasi kepunyaan Facebook ini telah menambah beberapa ciri-ciri tambahan kepada pengguna Android dan iOS agar komunikasi menjadi lebih lancar. Terdapat satu ciri yang kurang diketahui tetapi berguna iaitu apabila anda ingin terus kepada chat penting bilamana anda membuka aplikasi Whatsapp anda.

Ciri yang dipanggil "Pinned Chat" dapat melakukannya. Ianya mengunci chat yang penting dan meletakkanya paling atas dan menjimatkan masa anda daripada mencari chat menggunakan Search atau menatal ke seluruh chat untuk mencari chat yang anda mahu rujuk semula.

Berikut ialah cara-cara untuk mengunci atau pin chat anda di Whatsapp:

-Untuk pengguna Android, hanya dengan menekan lama kepada chat yang anda kehendaki dan ikon pin akan muncul di atas aplikasi tersebut. Tekan ikon pin tersebut dan chat tersebut akan dikunci dan ditempatkan paling atas berbanding chat yang lain.

-Untuk pengguna iPhone pula, anda hanya perlu "swipe" chat tersebut. Opsyen pin akan muncul di sebelah opsyen 'Mark as Unread' dan anda hanya perlu memilih ikon pin tersebut.

-Untuk membuka kunci atau 'unpin' chat tersebut, kaedah yang sama dibuat sama ada tekan lama atau swipe ke kanan chat yang telah dipinkan pada pengguna Android dan iPhone.

Amat penting untuk pengetahuan anda bahawa Whatsapp hanya membenarkan untuk mempinkan tiga chat sahaja pada satu-satu masa. Chat tersebut boleh jadi  chat persendirian atau chat dalam kumpulan atau group.

Susunan chat tersebut akan terubah selepas anda mempinkan chat. Chat yang dipinkan akan kelihatan terlebih dahulu dan selepas itu barulah kelihatan chat yang terbaru. Ianya akan nampak ganjil pada mulanya apabila chat yang terbaru tidak lagi paling atas tetapi anda akan menjadi biasa dengannya apabila anda sudah mempinkan beberapa chat yang lain.


Sumber: Livemint, Google Image

Sila lihat: TEKS BERTEMPOH UNTUK WHATSAPP.

Catat Ulasan

1 Ulasan