4 LANGKAH UNTUK TINGKATKAN PRESTASI TELEFON PINTAR ANDA.

Lamanfo.com

Laman Informasi

4 LANGKAH UNTUK TINGKATKAN PRESTASI TELEFON PINTAR ANDA.


Walaupun mengemaskini kandungan dalam telefon pintar bukan salah satu resolusi tahun baru anda tetapi ia sebaiknya dilakukan. Anda boleh kemaskini dan meningkatkan prestasi telefon pintar anda dengan membuang aplikasi yang tidak diperlukan dan semak semula keizinan yang anda beri kepada aplikasi yang anda masih perlukan. 

Sama ada anda pengguna Android atau iOS, empat tips ini dapat membantu anda  meningkatkan kelajuan telefon pintar anda dan juga mengurangkan risiko maklumat peribadi yang anda kongsikan. 

1. Kemaskini jumlah aplikasi Android: Pergi ke menu Settings>Apps>All apps dan padam semua aplikasi yang anda tidak gunakan tahun lalu. Ini dapat menjimatkan ruang penyimpanan data dan juga kuasa bateri anda. Terdapat juga aplikasi yang tidak boleh dipadam tetapi anda boleh menyahaktifkan ia. 

Jangan tertangguh apabila telefon pintar anda bertanya tentang keyakinan untuk memadam sesuatu aplikasi melainkan dengan memadamkannya sahaja. Walaupun semua apliaksi kelihatan penting tetapi sebenarnya hanya sedikit sahaja yang benar-benar penting. 

Adalah lebih baik anda tidak mengganggu Google Play Store, Google Play Services dan Android System Webview.

2. Muat turun pelayar internet Android yang selamat: Firefox Focus ialah pelayar internet yang ringkas tetapi lebih fokus-privasi dengan ciri tambahan yang berguna. 

Sebagai contoh, terdapat penghalang jejak seperti Ublock Origin atau Cookie Autodelete, yang akan mula-mula membenarkan muat turun cookies untuk tujuan mempercepatkan sesebuah laman web dimuat turun tetapi kemudian akan terus memadamnya. 

3. Semak aplikasi iOS dan keizinan yang kita berikan: Pergi ke Settings pada iPhone untuk melihat aplikasi apa yang sudah dimuat turun dan apa keizinan yang telah kita berikan kepadanya. 

Padam semua aplikasi yang anda tidak gunakan pada tahun-tahun sebelumnya dan tolak permintaan yang tidak perlu untuk aplikasi itu berfungsi sebagai contoh akses kepada lokasi kita. 

4. Halang penjejak dalam Safari. Safari masih pelayar internet yang terpilih untuk iPhone tetapi Firedox Focus boleh diintegrasikan dengannya untuk mematikan fungsi penjejak. 


Post a comment

0 Comments