AS MENAMBAHKAN LAGI MASALAH KEPADA SYARIKAT TEKNOLOGI GERGASI HUAWEI DENGAN DAKWAAN MENIPU.

Lamanfo.com

Laman Informasi

AS MENAMBAHKAN LAGI MASALAH KEPADA SYARIKAT TEKNOLOGI GERGASI HUAWEI DENGAN DAKWAAN MENIPU.


Kerajaan AS telah membuat dakwaan terhadap syarikat teknologi gergasi China iaitu Huawei dengan penipuan dan konspirasi untuk mencuri rahsia perniagaan menurut dakwaan terbaru yang  dibuka dalam Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Timur New York. 

Dakwaan ketiga menuduh Huawei terlibat dalam penipuan untuk mencuri harta intelektual. Ketiga-tiga tuduhan menambahkan lagi lebih sedozen tuduhan lain yang sudah dikemukakan terhadap syarikat tersebut dalam kes yang mulanya dibuka pada Januari lepas. Huawei mengaku tidak bersalah kepada tuduhan asal tersebut. 

Pentadbiran Trump telah bertelagah dengan Huawei lebih setahun lamanya dimana pegawai rasmi AS telah mengadakan kempen meminta negara rakan supaya tidak menggunakan peralatan 5G Huawei dan menggubal pendekatan yang menjurus kepada melumpuhkan perkembangan syarikat berkenaan. 

Dakwaan terdahulu menuduh Huawei melakukan penipuan bank dan melanggar arahan sekatan ekonomi terhadap Iran, tuduhan yang syarikat berkenaan sangkal. Dakwaan tersebut juga memberikan butir-butir mengenai urusan perdagangan yang dibuat di Iran dan Korea Utara. 

Jabatan Keadilan menuduh Huawei berbohong mengenai hubungan mereka dengan sekutu niaga dipanggil Skycom, yang dikatakan telah menolong kerajaan Iran melakukan "pengawasan domestik, termasuk semasa demonstrasi di Tehran pada 2009."

Pendakwaan persekutuan mengatakan apabila dipersembahkan dengan bukti, "defenden dikatakan sering memberi kenyataan salah kepada pegawai AS, termasuk kepada agen FBI dan juga wakil untuk siasatan dari Jawatankuasa Pilihan Tetap Rumah AS," menurut sidang akhbar oleh Jabatan Keadilan. 

CFO Huawei, Meng Wanzhou, juga dinamakan dalam kes defendan terbabit. Pertuduhan seterusnya juga melibatkan individu lain yang masih belum dibuat tangkapan dan nama mereka masih belum dikeluarkan secara rasmi. 

Pada Khamis, Huawei menuduh kerajaan AS cuba untuk merosakkan reputasi mereka untuk tujuan persaingan selepas Jabatan Keadilan mengumumkan tuduhan tambahan. 

"Dakwaan terbaru ini ialah sebahagian daripada percubaan Jabatan Keadilan untuk menjatuhkan reoutasi Huawei dan perniagaan yang lebih kepada isu persaingan dan bukan penguatkuasaan undang-undang," kata Huawei.

Berhubung dengan tuduhan jenayah yang terawal daripada Jabatan Keadilan terhadap syarikat tersebut dan juga Meng pada January, Huawei berkata bahawa mereka tidak mengetahui apa kesalahan Puan Meng dan percaya mahkamah AS akan akhirnya membuat rumusan."

Kanada pula masih dalam proses untuk menentukan sama ada untuk mengekstradisi Meng yang juga anak perempuan kepada pengasas Huawei Ren Zhengfei, ke AS untuk dihadapkan di mahkamah New York. Meng telah ditangkap di lapangan terbang Vancouver pada hujung 2018 atas permintaan kerajaan AS. 

Dalam kenyataan terdahulu, Huawei berkata mereka percaya dengan "sistem kehakiman Kanada, yang akan membuktikan Puan Meng tidak bersalah." 

Kes ini ialah salah satu daripada beberapa pertelagahan undang-undang Huawei dengan AS yang termasuk kes berkaitan pencurian rahsia perdagangan di Washington. Huawei juga tidak mengaku salah atas pertuduhan ini. 

Dalam dua kes berlainan minggu lepas, Huawei telah menyaman Verizon (VZ) atas tuduhan perlanggaran paten.


Sumber: CNN

Sila lihat: HUAWEI TIDAK PERLUKAN GOOGLE LAGI.

Post a comment

0 Comments