Lamanfo.com

Laman Informasi

BAGAIMANA MAS MENGURANGKAN PENYEBARAN VIRUS DALAM PESAWATNYA?

Sumber: Pixabay
Dengan penularan virus corona telah meningkatkan lagi kerisauan penumpang pesawat yang ingin ke serata dunia.

Malaysia Airlines atau MAS telah memberi jaminan bahawa pesawat mereka dilengkapi dengan sistem penapis udara yang dapat mengurangkan penumpang daripada terdedah kepada bakteria berbahaya dan virus tersebut. 

Syarikat penerbangan tersebut telah berkongsi beberapa informasi dalam bentuk ilustrasi tentang bagaimana udara berkisar di dalam pesawat mereka.

Menurut MAS, udara di dalam pesawat dikitar dan ditapis secara berkala menggunakan penapis HEPA atau bermaksud High Efficiency Particulate Air

Mereka menambah bahawa dengan adanya penapis HEPA dengan udara yang sentiasa berkisar akan menghasilkan udara yang lebih bersih daripada udara di bangunan-bangunan pejabat dan udaranya setara dengan kualiti udara di kebanyakan hospital.

Sepertimana yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah, udara di dalam kabin ditukar 20-30 kali sejam.


MAS juga telah menyediakan ilustrasi tentang bagaimana udara dikitar untuk kedua-dua pesawat satu-dek dan dua-dek. Syarikat penerbangan tersebut setakat ini terdiri daripada Boeing 737-800, Airbus A330-200, A330-300, A350-900 dan A380-800.




MAS juga menggesa semua penumpang untuk mengamalkan kebersihan dan meneliti etika ketika batuk dan bersin di samping selalu membasuh tangan.

Menurut pemakluman yang awal, penumpang pesawat boleh membawa topeng muka mereka sendiri sebagai perlindungan diri.

Sebagai tambahan, syarikat penerbangan tersebut juga telah menyediakan kit untuk penyakit berjangkit di setiap pesawat sekiranya terdapat pesakit yang mengalami simptom kesakitan. 


Catat Ulasan

0 Ulasan