Lamanfo.com

Laman Informasi

BAGAIMANA MENETAPKAN MODE GELAP DALAM WHATSAPP UNTUK ANDROID.


Salah satu ciri Whatsapp yang amat diinginkan oleh pengguna sejak beberapa tahun lalu ialah mod gelap. Akhirnya ia tersedia untuk Android - anda sekarang boleh secara manual menetapkan Whatsapp anda dalam mod gelap atau setkan ia mengikut tema telefon pintar anda secara otomatik. Berikut ialah kaedah untuk menetapkan mod gelap dalam Whatsapp anda:

BAGAIMANA MENETAPKAN MOD GELAP WHATSAPP DALAM ANDROID. 

1. Buka Whatsapp daripada skrin utama anda. 
2. Tekan menu limpahan (tiga titik menegak pada sudut atas kanan), 
3. Tekan Settings,
4. Tekan Chats
5. Tekan Themes
6. Dalam kotak dialog Choose Theme, pilih Dark,
7. Anda akan dapat lihat switch to a dark theme

Itu sahaja! Anda akan dapat mod gelap untuk perkhidmatan pesanan anda. 

Perlu diambil perhatian buat masa ini penetapan ini hanya untuk versi beta sahaja, dan ianya akan mengambil masa beberapa minggu sebelum dikeluarkan untuk saluran awam.

Mod gelap ini amat sesuai untuk mata anda dan sekiranya anda mempunyai telefon pintar Android 10  yang telah ditetapkan mod gelap, konsistensi visualnya akan lebih baik. 



Catat Ulasan

0 Ulasan