BAGAIMANA UNTUK MENYIMPAN MESEJ WHATSAPP APABILA ANDA MEMBELI TELEFON PINTAR BARU ATAU BERTUKAR NOMBOR BARU.

Lamanfo.com

Laman Informasi

BAGAIMANA UNTUK MENYIMPAN MESEJ WHATSAPP APABILA ANDA MEMBELI TELEFON PINTAR BARU ATAU BERTUKAR NOMBOR BARU.

(Sumber: Pixabay) 

Pada telefon pintar dahulu, perkara ini menimbulkan masalah kepada pengguna. Anda perlu mengambil masa panjang untuk memuat turun semula aplikasi, menaiktaraf perisian dan lain-lain. Menukar kepada nombor baru juga tidak kurang menyukarkan juga. 

Salah satu cabaran apabila menaiktaraf telefon anda ialah memindahkan sejarah chat Whatsapp anda ke telefon yang baru. Agak mudah sekiranya pemindahan dibuat dari iPhone ke iPhone atau Android ke Android atau anda masih menggunakan nombor yang sama. Tetapi ianya menjadi sedikit mencabar apabila nombor telefon anda turut bertukar. 

Anda bernasib baik, di sini diberikan jawapannya dan akan membuat hidup anda lebih senang. 

Apa yang anda perlukan:
Telefon asal anda dengan nombor asal,
Telefon baru anda,
Kad sim baru dan nombor baru, 
Pastikan telefon pintar anda cukup cas bateri. 


Langkah 1

Simpan sejarah chat Whatsapp anda di dalam telefon asal di bawah nombor telefon asal. Buat simpanan pada kedua-dua simpanan lokal dan juga Google Drive. 

Carinya di sini: Settings > Chats > Chat Backup

Skrin penetapan simpanan Whatsapp, tekan butang hijau Backup dan pastikan simpan dalam Google Drive. (Sumber: Crackware) 

Dengan melakukan ini bermaksud anda mempunyai simpanan yang paling terkini yang dihubungkan dengan nombor asal anda. Ini boleh membantu sekiranya anda memerlukan kembali akaun anda ke nombor asal. 


Langkah 2

Pasangkan kad sim yang baru ke dalam telefon pintar yang baru. Langkah paling terbaik ialah tidak menambah apa-apa akaun terlebih dahulu dan lebih baik tidak mengaktifkan internet atau wifi secara keseluruhan. 

Hidupkan telefon baru anda supaya ia boleh menerima mesej teks. 


Langkah 3

Sejurus saja telefon asal anda siap diambil dan disimpan datanya, anda perlu menukarkan nombor asal anda di akaun Whatsapp kepada nombor baru dalam telefon asal anda. 

Pergi ke: Settings > Account > Change Number, dan ikuti arahan pada skrin anda.

Tukar nombor telefon anda di Whatsapp dengan nombor baru. Ikuti arahan pada skrin. (Sumber: Ghacks Technology News) 

Whatsapp akan menghantar satu teks ke telefon baru anda dengan kod verifikasi. Taipkan kod ini ke dalam telefon asal anda. Ini akan menyalin akaun Whatsapp anda (dan semua sejarah chat anda) ke nombor baru anda. 


Langkah 4

Ulangi langkah 1 dan simpankan sejarah chat anda. Whatsapp akan menghubungkan simpanan baru ini ke dalam nombor baru anda. 

Pastikan anda buat simpanan juga pada akaun Google Drive anda kerana di sinilah anda akan dapatkan semula chat anda. 


Langkah 5

Aktifkan Wifi anda dan muatnaik aplikasi Whatsapp di dalam telefon baru anda dan log masuk menggunakan nombor baru anda - pastikan anda memilih akaun yang betul. Whatsapp kemudian akan memberikan anda pilihan untuk mendapatkan kembali sejarah chat anda. 

Apabila anda membuka Whatsapp pada telefon baru anda, ia akan meminta anda untuk mengembalikan semula simpanan mesej anda. (Sumber: Recovery Android) 

Langkah yang paling mudah ialah dengan mendapatkan chat anda melalui Google Drive, pilih opsyen ini. 

Apabila ianya selesai, Whatsapp akan log anda keluar dari telefon asal anda dan semua sejarah chat anda akan kelihatan pada telefon baru anda sepertimana asal. Siap! 

Secara kesimpulannya, sejak kebelakangan ini, pembuat telefon telah menjadikan migrasi ke telefon baru menjadi lebih mudah. 


Sumber: The Next Web


Post a comment

0 Comments