FBI MEMBERI AMARAN MENGENAI E-SKIMMING.

Lamanfo.com

Laman Informasi

FBI MEMBERI AMARAN MENGENAI E-SKIMMING.


Pihak berkuasa persekutuan telah memberi amaran kepada orang awam yang ingin membeli secara dalam talian. Alat skimming yang tersembunyi (kebiasaan disangkakan hanya dipasang di pam minyak dan ATM) semakin berteknologi tinggi. 

"Agak susah untuk memastikam jumlahnya tetapi apa yang kami tahu bahawa berjuta nombor kad kredit telah dicuri sejak dua tahun lalu," kata Herb Stapleton, Ketua Seksyen Bahagian Siber FBI. 

Skimming jenis baru ini dipanggil e-skimming atau Magecart. 

Penjenayah siber boleh mengakses maklumat peribadi dan kad kredit dengan pelbagai cara. Merek boleh memecah masuk server laman web secara terus atau memecah masuk server umum yang menyokong banyak laman web kedai-kedai untuk menyerangnya dan pembeli tidak akan dapat mengetahui kedai tersebut telah digodam. 

"Hampir mustahil untuk mangsa mengetahui bahawa mereka telah digodam sehinggalah kejadian telah terjadi. Laman web yang telah digodam tidak akan menunjukkan sebarang kejanggalan pada pandangan pembeli." kata Stapleton. 

Randy Pargman ialah Pengarah Kanan untuk pemburuan ancaman dan perisikan di Binary Defense, sebuah syarikat keselamatan siber di Ohio, AS yang memantau komputer syarikat untuk tanda-tanda serangan. 

Syarikat berkenaan merahsiakan butir pengguna yang terlibat tetapi banyak daripadanya ialah dari sektor runcit. 

Mangsa e-skimming termasuk Macy's, Puma Australia, Ticketmaster's UK dan British Airways. Namun, syarikat yang terlibat enggan memberi sebarang komen. 

"Sesebuah kedai runcit yang mempunyai laman web akan bimbang mengenai e-skimming," kata Pargman. 

Sebagai pelanggan, ada beberapa benda yang anda boleh buat untuk melindungi diri anda semasa membeli dalam talian. 

1. Selalu membeli menggunakan kad kredit berbanding kad debit. Ini akan mengurangkan kesukaran anda apabila kad anda digodam kata Pargman. Pengguna kad kredit biasanya mempunyai liabiliti yang rendah sekiranya terdapat penipuan. Tambahan pula, mendapatkan kembali wang anda daripada kad debit boleh mengambil masa yang panjang. 

2. Anda boleh meminta bank atau syarikat kad kredit anda untuk memberikan anda kad kredit virtual. Tidak semua bank yang menawarkan kad kredit ini. Kad kredit virtual ialah nombor kad kredit yang unik untuk digunakan untuk transaksi yang khusus untuk kedai yang khusus. Sekiranya nombor ini digodam semua pembayaran lain akan ditolak. 

3. Pantau kad anda untuk sebarang aktiviti yang mencurigakan dan buat laporan segera. 

Sementara e-skimming telah dipantau sejak tujuh tahun lalu, beliau berkata jenayah sebegini didapati meningkat disebabkan penjenayah siber berkongsi perisian malware ini di alam maya dan telah menjadi lebih sofistikated. 

"Sekiranya kita memasang dinding," kata Stapleton, "mereka akan membina tangga atau terowong atau jalan dikelilingnya." 


Post a comment

0 Comments