Lamanfo.com

Laman Informasi

HUAWEI TIDAK PERLUKAN GOOGLE LAGI.


Tidak dapat dijangkakan bila pengharaman dari AS akan ditamatkan tetapi sekiranya anda berharap untuk membeli produk Huawei dan berharap untuk mendapatkan aplikasi Google mungkin anda perlu melupakan hasrat anda itu. 

Huawei tidak bercadang untuk kembali lagi kepada Android walaupun dengan aplikasi yang popular Google seperti Play Store, Search, Google Maps, Gmail dan lain-lain. Sebaliknya, Huawei akan menggunakan platformnya sendiri yang mereka harap akan menggantikan Google. 

Huawei telah pun menghasilkan banyak telefon pintar yang berkualiti sejak beberapa tahun yang lepas dan dengan cepat telah menaikkan saham syarikatnya di beberapa pasaran seluruh dunia selain dari China. Penjualan telefon pintar Huawei meningkat kepada lebih dari 240 juta unit pada 2019, iaitu sejumlah 34 juta unit peningkatan berbanding tahun sebelumnya menurut data dari Canalys. Petunjuk itu sangat menakjubkan memandangkan tarikh pengharaman bermula pada pertengahan bulan Mei tahun lalu. 

Mate 30 ialah siri telefon pintar yang dilancarkan tanpa aplikasi Google di dalamnya. Buat masa ini, Huawei mencadangkan untuk menggantikan Google Mobile Services (GMS) dengan Huawei Mobile Services (HMS) dan kelihatan syarikat tersebut tidak akan berhenti menguatkan ekosistem aplikasinya sendiri untuk Android pada bila-bila masa. 

Huawei mendedahkannya semasa temuramah dengan wakil Austria iaitu Der Standard. Pengurus Huawei di negara Austria, Fred Wangfei menjelaskan bahawa Huawei tidak akan berbalik kepada Google. Ini kerana Huawei tidak mahu lagi berada di posisi mendapat pengharaman pada masa akan datang. 

Walaupun Huawei sudah bertahun-tahun beroperasi tanpa Google dalam Android di China, disebabkan Google tidak mempunyai kehadiran rasmi pada telefon Android di sana, memang amat sukar untuk melaksanakan perkara yang sama di negara Eropah dan pasaran barat yang bergantung kepada Google Play Store dan aplikasi Google yang lain. 

Walau bagaimanapun, Huawei sudah bersedia untuk melabur AS3 bilion dolar tahun ini untuk menarik minat lebih dari 4,000 pembangun perisian untuk menambahbaik sistem HMS mereka. Berbilion dolar yang selebihnya pula disediakan untuk tujuan pemasaran. 

Huawei menyedari cabaran untuk pasaran di Eropah dan negara sekitarnya dimana pengguna di sana masih mengharapkan perkhidmatan Google dalam telefon pintar mereka. Menjadi isu lagi ialah mendapatkan aplikasi popular seperti Facebook dan Whatsapp. Huawei bercadang menggunakan OS Android yang sama dengan Google agar memudahkan pembina aplikasi untuk meletakkan aplikasi mereka. Untuk Facebook dan pembina perisian dari AS yang lain, Huawei bercadang menggunakan orang tengah yang berpusat di Eropah untuk membawa aplikasi di dalam galeri aplikasi mereka, tetapi kurang jelas sama ada ianya akan berhasil. 

Syarikat tersebut juga telah bersedia untuk mengalami sedikit kerugian di pasaran saham semasa proses tersebut dimana tahun 2020 akan menjadi tahun pertama alat perantinya yang baru tidak mengandungi aplikasi-aplikasi Google di dalamnya. Huawei masih boleh menjual produk-produk yang dibuat sebelum pengharaman tersebut dimana dibenarkan untuk memuat turun aplikasi-aplikasi Google yang anda akan jumpa dalam telefon pintar Android terbaru. 

Walau bagaimanapun, syarikat berkenaan akan melancarkan siri  P40 yang tidak mempunyai aplikasi Google sepertimana siri Mate 30.


Catat Ulasan

0 Ulasan