Lamanfo.com

Laman Informasi

INSTITUT DI JEPUN BERJAYA MENGASINGKAN CORONAVIRUS WUHAN.

Institut Nasional Penyakit Berjangkit Jepun melaporkan pada Jumaat 31 Januari 2020 telah berjaya mengasingkan virus baru coronavirus, yang dilaporkan bermula di Wuhan daripada seorang pesakit yang disahkan menghidapi virus tersebut.

Menggunakan virus yang diasingkan tersebut, institut berkenaan akan mula membangunkan vaksin dan dadah untuk coronavirus dan juga kit pemeriksaan yang dapat mendiagnosis virus tersebut dengan cepat.

Mereka juga akan menawarkan virus yang diasingkan tersebut kepada para pengkaji dan syarikat-syarikat sementara mencari mekanisme jangkitan dan menggalakkan kajian terhadap ketoksikan virus tersebut. 


Gene virus yang diasingkan tersebut mempunyai 99.9 persen sepadan dengan apa yang dikeluarkan oleh kerajaan China menurut Insititut Jepun tersebut. 

Sumber: The Jiji Press Ltd

Dalam virus yang diasingkan tersebut, tidak terdapat mutasi gene yang dapat meningkatkan jangkitan dan ketoksikan kata Insititut.


Sumber:  Nippon.com

Catat Ulasan

0 Ulasan