ITALI MENGGUNAKAN MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH PLASTIK.

Lamanfo.com

Laman Informasi

ITALI MENGGUNAKAN MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH PLASTIK.

(Sumber: Pixabay) 

Greenpeace mendapati pada sembilan bulan awal 2019, syarikat dari Itali  telah menghantar 1300 ton sampah plastik ke Malaysia. 

Rome, Itali - Kebimbangan meningkat berikutan eskport haram sampah plastik ke Malaysia dari Itali selepas penyiasat Greenpeace mendapati syarikat-syarikat Itali melanggar undang-undang untuk menjadikan luar negara sebagai kawasan perlupusan sampah. 

Dalam penyiasatan tersebut, Greenpeace mendapati pada sembilan bulan awal 2019, syarikat dari Itali telah menghantar 1300 ton sampah plastik ke Malaysia. 

"Syarikat tersebut tidak mengambil berat tentang kesihatan manusia atau pun keadaan sekeliling," Pierdavide Pasotti, ketua unit penyiasat Greenpeace Italy. 

Itali merupakan pengeksport ke-enam terbesar sampah plastik ke Malaysia pada tahun 2019, dan didapati sampah plastik telah bertimbun di luar kilang di Malaysia dan juga di belakang beberapa rumah dan telah  mencemarkan alam sekeliling. 

Kesatuan Eropah membenarkan setiap eksport bahan kitar semula dari negara ahlinya ke negara bukan EU hanya apabila syarikat mereka telah mematuhi keperluan alam sekitar dan teknikal. 

Geeenpeace mendapatkan dokumen-dokumen penghantaran daripada sumber yang pelbagai.

Kapal Itali (Sumber: Reuters) 

Mereka memeriksa semula penghantaran dari Itali dengan senarai 64 syarikat Malaysia di dalam daftar nasional pengimport sampah plastik. 

Firma Itali telah menghantar 43 daripada 65 penghantaran kepada peniaga yang sama ada tidak mempunyai kebenaran undang-undang atau peralatan teknikal yang diperlukan untuk memproses skrap plastik, kata Greenpeace. 

Semasa menyiasat fasiliti yang tidak diluluskan berhampiran bandar pelabuhan di Port Klang, Greenpeace menjumpai gumpalan sampah plastik yang pernah digunakan sebagai pembungkus gula dari British, keju Jerman dan bawang Itali. 

Selepas menganlisa sampel plastik yang ditemui di kawasan tersebut, Greenpeace mendapati ianya mengandungi bahan kimia berbahaya termasuk logam berat dan Benzo(a)pyrene. 

Tempat pengumpulan yang tidak berdaftar membahayakan kesihatan populasi tempatan. 

Di Sungai Petani, Greenpeace mendokumenkan 30 peratus kenaikan orang yang terkena penyakit pernafasan. 

"Udara menjadi kotor pada awal pagi disebabkan asap toksik daripada pembakaran sampah," kata Pasotti. 


'Tidak dapat diterima' 

Organisasi alam sekitar tersebut telah menghantar penemuan mereka kepada pendakwaraya Itali. 

"Sekiranya dakwaan ini disahkan, ianya akan membawa kepada pendakwaan seperti menyalahi trafik dalam pembuangan sisa dan persatuan jenayah internasional," kata Paola Fico, seorang peguam alam sekitar Itali.

(Sumber: Greenpeace.com)

Giuseppe Ungherese, yang mengetuai kempen anti pemcemaran Greenpeace Itali berkata: "Situasi ini tidak langsung dapat diterima. Kami akan meminta pihak berkuasa Itali untuk masuk campur dengan segera, menghalang trafik haram dan mengurangkan produksi plastik guna-sekali."

Menteri Alam Sekitar Itali, Sergio Costa yang diseru untuk mengambil tindakan selepas penyiasatan diumumkan kepada orang awam berkata: "Kita perlu meneruskan perjuangan untuk meminimakan produksi plastik guna-sekali dan maju ke arah ekonomi kitaran berdasarkan kitar semula, penggunaan semula dan penjanaan semula." 

Dengan lebih 105 juta ton metrik plastik yang diterima sejak 1992, China merupakan pengimport utama bahan kitar semula seluruh dunia. Tetapi dua tahun lalu, Beijing menukar polisinya dengan mengharamkan beberapa jenis plastik. 

Biro Kitar Semula Internasional menganggarkan perolehan tahunan hampir 500 bilion dolar untuk sektor kitar semula global dan kadar jangkaan perkembangan tahunan untuk lima tahun seterusnya ialah 6.5 ke 7 peratus untuk pasaran kitar semula plastik. 

Fasiliti kitar semula telah bercambah hingga ke Malaysia, tetapi banyak tanpa lesen operasi. 

Bagi menangani kitar semula secara haram dan mengelakkan negara menjadi tempat pembuangan sampah, pada July 2018 kerajaan Malaysia telah menutup 150 kilang, menghentikan pengeluaran permit import plastik dan membatalkan lesen operasi. 

Tetapi Greenpeace mendapati Itali masih melakukannya di antara Ogos dan Disember 2018, sejumlah 3,500 ton plastik sampah dibuang dan kebanyakannya tidak berlabel. 

"Kandungan dalam kontena tidak seperti yang dilaporkan," kata Ng Sze Han, ahli kepada jawatankuasa eksekutif negeri Selangor, Malaysia memberitahu kepada Greenpeace. 

"Selalunya ianya ialah campuran sampah plastik yang kotor dan kandungan kitar semula yang rendah sekitar 20 ke 30 peratus sahaja." 

Negara-negara kaya membuang sampah mereka di negara membangun telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan. 

Pada tahun 2016, mahkamah Filipina telah mengarahkan kapal syarikat yang membawa sampah kembali ke Kanada selepas pegawai kastam menemui sampah sarap yang terdiri daripada barangan rumah tetapi kontenanya dilabel sebagai "plastik kitar semula". 

Dalam usaha untuk meregulasasikan perdagangan plastik yang sukar dikitar semula, 180 negara telah menandatangani perjanjian yang disokong oleh UN pada bulan Mei 2019. Dari bulan Januari 2021, negara pengeksport perlu mendapatkan kebenaran daripada kerajaan yang menerima bahan kitar semula tersebut. 

Ahli politik Itali sedar mengenai perlanggaran yang membelenggu perkapalan internasional: Menurut jawatankuasa parlimen dalam jenayah berhubung pengurusan bahan buangan, 25 peratus daripada penghantaran ke negara bukan EU menunjukkan kejanggalan. 

"Masalahnya berpunca daripada tahap yang berbeza," kata Claudia Salvestrini, Pengarah Urusan Polieco.

(Sumber: Polieco.com)

Polieco ialah sebuah konsortium yang melihat kepada produksi, import, pengagihan dan kitar semula semua bahan berunsurkan polyethene khususnya sampah plastik hasil daripada industri dan aktiviti agrikultur. 

"Terdapat kurangnya kawalan di dalam fasiliti pemprosesan yang menerima sampah tersebut dan kastam tidak dapat membuat sebarang pemeriksaan di pelabuhan kerana undang-undang terkini memberikan mereka tiga hari sahaja untuk memeriksa kontena tersebut," kata Salvestrini. 

Greenpeace mencadangkan negara Itali agar mengambil langkah menhentikan sementara sebarang eksport sampah plastik ke Malaysia. 

Bagi Salvestrini, pilihan terbaik ialah dengan mengadakan persetujuan dua hala di antara dua negara: "Malaysia hanya mengimport daripada syarikat Itali yang bukan sahaja mengasingkan jenis plastik yang berlainan tetapi mencucinya dan mengisarnya. Sebab sekiranya tidak dibuat demikian, ianya akan berakhir seperti di China."


SOURCE: AL JAZEERA NEWS

Sila lihat: BAHAYA PENGHAWA DINGIN

Sila lihat: KIRIMAN SAMPAH KANADA KE FILIPINA DIHANTAR BALIK

Post a comment

0 Comments