KAWASAN PENCARIAN BARU UNTUK MH370 OLEH PAKAR DUNIA.

Lamanfo.com

Laman Informasi

KAWASAN PENCARIAN BARU UNTUK MH370 OLEH PAKAR DUNIA.

Hiasan (Sumber: Pixabay) 

Sekumpulan pakar pencari yang terkenal di dunia untuk pencarian Malaysia Airlines MH370 telah melaporkan kawasan baru untuk mencari pesawat Boeing 777 yang hilang tersebut. 
   
MH370 hilang pada 8 Mac 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal dan walaupun serpihan telah dijumpai tetapi sebahagian besar badan kapal masih belum ditemui selepas dua pencarian yang meluas. 

Malaysia telah menyatakan bahawa bukti baru diperlukan sebelum pencarian dimulakan semula, tetapi pencari dari AS tersebut berkata bahawa pencarian mereka adalah berdasarkan "tidak jumpa tiada bayaran". 

Selepas rujukan yang menyeluruh dan penelitian maklumat, pakar pencari Victor Iannello, Bobby Ulich, Richard Godfrey dan Andrew Banks telah mengenalpasti kawasan baru pencarian bersebelahan kawasan yang sudah diterokai dan telah mengeluarkan kertas laporan yang terperinci. 

Kertas yang bertajuk "Search Recommendation for MH370’s Debris Field" atau bermaksud "Rekomendasi Pencarian Untuk Kawasan Serpihan MH370", memberi penerangan mengenai semua kerja-kerja yang dibuat oleh pakar ini untuk MH370. 

Kertas tersebut tertulis;

"Pencarian terakhir untuk MH370 telah dibuat oleh syarikat Ocean Infinity, yang mendapat khidmat nasihat daripada pengkaji rasmi dan bebas yang kemudiannya mengesan dasar laut sepanjang arka ke-7 jauh ke utara pada latitud S25". Sejak itu, pengkaji bebas menyambung analisa terhadap maklumat yang ada untuk memahami kawasan dasar laut yang berkemungkinan dan mengapa cubaan mencari sebelum ini tidak berjaya."

"Dalam penerbitan terdahulu, kami telah memperlihatkan gambaran menyeluruh kajian oleh Bobby Ulich yang menjurus kepada mengenalpasti dengan teliti titik perlanggaran atau Point Of Impact (POI) menggunakan kriteria statistikal yang memerlukan variasi pembolehubah (seperti kesalahan bacaan dari data satelit) yang tidak berhubungkait, iaitu sebenar-benar adalah rawak. Penerbitan seterusnya menerangkan kerja oleh Richard Godfrey dalam menganalisa sejumlah besar laluan penerbangan menggunakan kriteria ini dan juga kriteria yang lain. Hasil keputusan kerja tersebut mencadangkan bahawa pada jam terakhir penerbangan tersebut menuju ke selatan Laut Hindi sepanjang E93.7875° longitud, yang menyamai bulatan besar di antara arah titik BEDAK (kira-kira 100 NM barat Banda Aceh, Sumatra) dan Kutub Selatan. POInya  dianggarkan berada dekat kepada arka ke-7 sekeliling S34.4" latitud."

Ini akan berada kira-kira 1800km barat Dunsborough, Australia Barat. 

Peta di bawah menunjukkan kawasan pencarian untuk MH370 dalam warna hijau (A1), kelabu (A2) dan A3. Kawasan yang sebelum ini dibuat pencarian oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia diwarnakan kuning. 

Kawasan pencarian (Sumber: airlineratings.com)

Laporan tersebut menyatakan bahawa "kerja-kerja penilaian disambung menggunakan model integrasi tepat yang termasuk data satelit, data radar, dinamik penerbangan, navigasi otomatik, keadaan meteorologikal, penggunaan minyak, model hanyutan dan keputusan pencarian dari udara. Kerja-kerja meletihkan ini telah hampir siap dan dokumentasi berkenaan kaedah dan hasil sedang dalam perlaksanaan. Sepertimana kerja-kerja sebelum ini, kerja-kerja terkini mencadangkan trajektori akhir MH370 berkemungkinan besar  mengarah ke selatan sepanjang E93.7875° longitud.”

Laporan tersebut menambah lagi bahawa "dalam usaha untuk menyiapkan maklumat mengikut masa yang telah ditetapkan, kami telah memilih untuk mengadakan pencarian di kawasan tersebut. Kertas laporan yang lebih komprehensif yang menyatakan kaedah dan hasil kerja-kerja sebelumnya dan justifikasi dalam memilih laluan akan tersedia pada masa akan datang."

"Menggunakan keputusan analisa yang dibentangkan di atas, anggaran terbaik (BE) untuk menetukan titik impak (POI) adalah berdasarkan trajektori terakhir pada longitud E93.7875° yang dilihat konsisten dengan penerbangan ke arah selatan dari titik laluan BEDAX menuju Kutub Selatan."

Laporan tersebut merumuskan bahawa "untuk menentukan pencarian berhampiran BE POI, tiga kes diambil kira yang setiap kes dihubungkait dengan kawasan pencarian. Keutamaan tertinggi kawasan pencarian di keluasan 6,719 NM2 (23,050 km persegi) menganggap tiada tindakan dari juruterbang selepas kehabisan minyak. Kawasan pencarian kedua tertinggi meliputi 6,300 NM2 (22,000 km persegi) dan menganggap pesawat melayang menuju selatan selepas kehabisan minyak. Keutamaan terendah ialah pesawat melayang secara terkawal dalam pelbagai arah di keluasan kira-kira 48,400 NM2 (166,000 km persegi).”

Grafik di bawah mengenai MH370 diterbitkan pada 2018 meletakkan kawasan baru pencarian jika dibandingkan dengan grafik di atas. Kawasan pencarian baru ini ialah di antara kawasan yang ditentukan oleh Australian CSIRO dan University of WA.

(Sumber: airlineratings.com)


Sumber:  Airlinerating.com

Sila lihat: BERMINAT MENJADI JURUTERBANG?

Post a comment

0 Comments