Lamanfo.com

Laman Informasi

KENAPA REKABENTUK ENJIN BOEING 737 TIDAK BULAT SEPENUHNYA?

Sekiranya anda pernah melihat enjin Boeing 737 anda mungkin akan berasa hairan kenapa bulatan enjin tersebut agak berlainan dimana bahagian bawahnya agak rata berbanding di atasnya. Terdapat sebab kenapa bentuknya sedemikian rupa dan kita akan terangkan sebabnya. 

Enjin Boeing 737 (Sumber: Davidilit via Wikipedia) 

Sejarah Boeing 737

Bagi menjawab soalan tersebut, mula-mula kita perlu melihat kepada prinsip rekabentuk asal Boeing 737. Pada mulanya pesawat dibina mengikut kesesuaian lapangan terbang dimana ada yang mempunyai tangga bergerak dan ada yang mempunyai jambatan penumpang. Pesawat pada masa dahulu mesti mempunyai banyak pintu (khususnya pintu kargo) dimana operator atau pengendali kargo boleh memanjatnya tanpa menggunakan tangga atau trak. 

Oleh yang demikian, siri pesawat Boeing 737 harus dibina untuk beroperasi serendah yang mungkin, dengan bahagian bawah hampir mencecah permukaan landasan kapal terbang. 

Walau bagaimanapun, apabila teknologi enjin sudah berkembang maju, jurutera menemui bahawa bertambahnya angin yang anda masukkan dalam enjin, maka penggunaan minyak akan lebih efisien. Ini dipanggil "bypass ratio". 

Untuk memastikan lebih angin masuk ke dalam enjin, turbin yang lebih besar diperlukan dan dijana oleh kipas yang besar. Kipas yang besar pula memerlukan jumlah angin yang besar dan perlu muat di dalam selonsong. Masalahnya ialah, tidak seperti Airbus A320 (pesaing Boeing 737) yang dibina dengan enjin besar, Boeing 737 pula sebenarnya terlalu rendah ke darat untuk memiliki enjin yang besar. 

Boeing boleh juga memindahkan enjin ke bahagian lain pesawat tetapi ini akan mengubah ciri-ciri aerodinamik pesawat tersebut dan memerlukan juruterbang untuk dilatih semula dan pensijilan semula. Oleh yang demikian, Boeing terpaksa merekabentuk semula 737.

Anda boleh lihat rekabentuk rata pada bawah enjin Boeing 737 MAX (Sumber: Southwest Airlines) 

Kenapa bahagian bawah enjin rata? 

Jurutera sedar bahawa selonsong pesawat menjadi satu masalah. Adakah rekabentuk yang tidak bulat menyebabkan pesawat tidak akan menyentuh landasan?

Oleh itu bagi pesawat baru Boeing 737, bahagian bawah enjinnya diratakan disamping mempunyai kipas besar dan turbin besar. Ianya memang memberikan ciri-ciri aerodinamik yang kurang baik dan meningkatkan seretan berbanding enjin bulat, tetapi dengan banyaknya angin yang masuk ke enjin telah meningkatkan bypass rationya dan menjadikan permasalahan tersebut boleh diabaikan. 

Siri klasik Boeing 737 (-300 -400 -500) merupakan yang pertama menggunakan enjin CFM56, yang lebih dikenali dengan 'poket hamster' dengan rekabentuk bukan bulat. 

Disebabkan pesawat masih terbang dengan kaedah sama dengan aerodinamik yang sama, juruterbang tidak perlu dilatih semula atau diberi pensijilan semula. Tetapi apabila kita lihat semula kebelakangan ini, mungkin dengan tidak memperbaiki rekabentuk Boeing 737 untuk menggunakan enjin besar telah menyebabkan terjadinya insiden melibatkan Boeing 737 MAX, namun ianya bukan skop perbincangan di sini dan lebih baik dibiarkan dalam seksyen komentar. 

Apa pandangan anda? Adakah anda suka melihat rekabentuk enjin Boeing 737 yang rata? Sila beritahu kami dalam ruangan komen. 


Sumber: Simpleflying


Catat Ulasan

0 Ulasan