Lamanfo.com

Laman Informasi

PELUANG PEKERJAAN: NASA SEDANG MENCARI CALON UNTUK PROJEK MARIKH MEREKA.

NASA sedang mencari calon pengarah untuk program yang dinamakan Mars Sample Return yang bertujuan untuk membawa pulang batu batan dan sampel tanah dari planet Marikh ke Bumi untuk tujuan kajian. 





Ilustrasi artis mengenai cadangan program  NASA Mars Sample Return dimana sampel dihantar balik ke Bumi. NASA/JPL-Caltech

Peringkat permulaan kerja tersebut ialah dengan melancarkan rover 2020 Mars yang dijadualkan pada bulan Julai tahun ini. 

NASA menawarkan gaji setinggi AS188,066 dolar untuk jawatan tersebut. 

NASA sedang mencari calon untuk peranan baru yang menarik. Agensi angkasa lepas tersebut memerlukan seseorang untuk mengarah sebuah misi untuk mengambil batuan dari Marikh ke Bumi. 

Sscara formalnya, pekerjaan tersebut ialah sebagai Pengarah kepada Program Mars Sample Return (MSR) dimana misinya ialah membawakam saintis batuan asli dan tanah dari planet Marikh kepada saintis untuk dikaji secara mendalam. Langkah pertama untuk program tersebut ialah dengan melancarkan rover 2020 Mars yang dijadualkan pada 17 Julai 2020. Apabila rover tersebut sudah sampai ke permukaan planet Marikh, robot akan ditugaskan untuk mengambil dan menyimpan sampel di dalam bekas yang tertutup. 

Tetapi membawanya balik ke Bumi menjadi satu permasalahan lagi - setakat ini masih tiada misi sebegini yang dirancang. 

Sebab itulah jawatan baru ini diperkenalkan. 

Menurut maklumat agensi tersebut, "penyandang jawatan akan bertanggungjawab dalam melaksanakan semua aktiviti program MSR bermula dengan formulasi misi dan meneruskan dengan rekabentuk, pembangunan, pelancaran dan misi operasi." 

Ianya berpusat di Washington DC dan bayarannya dalam linkungan AS182,424 dolar ke AS188,066 dolar setahun. 


BAGAIMANA MEMBAWA BALIK BATUAN MARIKH

Saintis telah lama ingin mengkaji sampel tanah dari planet Marikh di makmal mereka sendiri sejak bertahun lamanya. Setakat ini mereka hanya dapat mengkaji beberapa fragmen kecil meteorit dari Marikh yang jatuh ke Bumi. Penyiasatan lain dibuat oleh rover seperti Curiosity yang telah mengumpul sampel dari permukaan Marikh dengan menggunakan peralatan yang siap bina dalam rover tersebut dan menghantar maklumat hasil kajian mengenainya balik ke Bumi. 

NASA dan Agensi Angkasa Eropah telah komited untuk bekerjasama dalam program membawa balik sampel berkenaan. Tetapi ianya tidak senang dan murah. 

Misi tersebut telah dimasukkan dalam permohonan bajet NASA tahun 2020 dimana agensi memohon sejumlah AS109 juta dolar untuk misi Marikh yang akan datang, bertambah dari AS50 juta dolar yang dipohon pada tahun 2019. Sskiranya dikira daripada jumlah bajet yang disediakan sejumlah AS22.6 bilion dolar, ianya menghampiri 5%.

Rover 2020 Mars sekarang ini sedang diuji dan telah bersedia untuk dilancarkan. Ia dijangka akan sampai ke planet merah tersebut pada Februari 2021.

Sekiranya robot telah berjaya mendarat dan mengambil dan menyimpan sampel dari Marikh seperti yang dirancang, persoalan timbul ialah bagaimana hendak membawa balik sampel tersebut ke Bumi. Untuk melakukannya memerlukan pelancaran roket yang pertama kali dibuat dari planet lain. 

NASA menjangkakan misi tersebut tidak akan siap sehingga hujung tahun 2020 dan kemungkinan akan berlarutan. Oleh itu sekiranya anda menginginkan  pekerjaan yang mencabar, gaji tinggi dan berjangka panjang, mungkin kerja ini sesuai dengan anda. 


CALON BAGAIMANA YANG NASA INGIN SEBENARNYA. 

Sebagai pengarah kepada program yang dicita-citakan ini, NASA mempunyai senarai yang panjang untuk syarat kelayakannya. Syarat paling asas ialah mempunyai Sarjana Muda dalam Sains, sanggup untuk mengembara jauh dan menunjukkan sifat-sifat kepimpinan. 

Pengalaman dalam melaksanakan pembangunan penjelajahan misi angkasa adalah diperlukan memandangkan tanggungjawab jawatan tersebut termasuk merekabentuk program dan menguruskan bajet di samping pengurusan dan pengawasan projek. 

Calon juga perlu mahir dalam formulasi strategik dalam program penerbangan angkasa lepas - bermaksud pernah menjadi pemimpin dalam organisasi atau syarikat yang berkaitan penjelajahan angkasa lepas (SpaceX, Lickheed Martin, atau NASA sebagai contoh). 

Agensi ini mencari seseorang yang tahu bagaimana bekerja dalam suasana yang pantas bersama dengan pemegang saham yang kompleks termasuk banyak rakan kerja antarabangsa, kerajaan dan juga komuniti. 

Tarikh tutup permohonan ialah pada 5 Februari 2020.


Sumber: Business Insider Malaysia

Sila lihat: MISI ANGKASA LEPAS YANG TELAH DIRANCANG PADA TAHUN 2020.

Catat Ulasan

1 Ulasan