PENGKAJI MENGHASILKAN ALAT YANG MENYAMAI SEL OTAK MANUSIA.

Lamanfo.com

Laman Informasi

PENGKAJI MENGHASILKAN ALAT YANG MENYAMAI SEL OTAK MANUSIA.

Skematik menunjukkan perkembangan PQD di atas graphene untuk menghasilkan struktur G-PQD dan cadangan aplikasinya. (Sumber: Science Advances 2020)

Para pengkaji dari Universiti Florida Tengah (UCF) telah membantu mendekatkan jurang yang memisahkan manusia dengan minda mesin. 

Dalam satu kajian yang dipaparkan pada artikel di jurnal Sciences Advances, pengkaji dari UCF menunjukkan bahawa dengan menggabungkan dua bahan nano menjadi satu struktur super, mereka boleh menghasilkan satu alat nano yang menyerupai laluan neural sel otak manusia yang digunakan untuk penglihatan. 

"Ini ialah langkah awal bagi menghasilkan komputer neuromorfik iaitu pemproses komputer yang boleh memproses secara serentak dan mengingat maklumat," kata Jayan Thomas, seorang  professor madya di Pusat Teknologi Sains Nano dan Jabatan Sains Bahan dan Kejuruteraan di UCF. "Ini boleh mengurangkan masa yang diperlukan dan juga tenaga untuk memproses. Pada masa hadapan, ciptaan ini boleh membantu dalam pembikinan robot yang mampu berfikir seperti manusia."

Thomas mengetuai kajian tersebut dengan kolaborasi dengan Tania Roy, seorang professor madya dan rakannya  di Pusat Teknologi Sains Nano di UCF dan juga dari Jabatan Sains Bahan dan Kejuruteraan. 

Roy berkata teknologi ini berpotensi digunakan untuk penyelamat yang dibantu dron.

"Bayangkan sebuah dron yang terbang tanpa kawalan manusia di kawasan gunung yang terpencil dan mencari pendaki yang tersesat," kata Roy. "Hari ini amat sukar kerana dron memerlukan kawalan dari server  untuk mengenalpasti apa yang dilihat dari kamera dron. Alat kami akan membuatkan dron tersebut menjadi autonomous kerana ia boleh melihat seperti manusia."

"Kajian terdahulu mencipta kamera yang boleh menangkap imej dan menghantarnya ke server untuk dikenalpasti, tetapi kumpulan kami telah mencipta satu alat yang berfungsi seperti mata dan pada masa yang sama berfungsi seperti otak," kata beliau. "Alat kami boleh meneliti imej dan mengenalpastinya secara terus." 

Innovasi tersebut dibuat dengan membesarkan dot kuantum perovskite bersaiz nano dan sensitif kepada cahaya di atas bahan nano graphene setebal atom dalam dua dimensi. Penggabungan tersebut membenarkan partikel fotoaktif untuk menangkap cahaya, menukarkannya kepada caj elektrik dan kemudian memindahkan caj-caj tersebut ke graphene semua dalam satu langkah. Keseluruhan proses tersebut berlaku di atas filamen yang sangat nipis iaitu kira-kira satu per sepuluh ribu ketebalan sehelai rambut manusia. 

Kajian ini ditulis bersama oleh Basudev Pradhan, fello di Bhaskara Advanced Solar Energy dan Sonali Das, fello doktorat di makmal kepunyaan Roy. 

"Disebabkan keadaan semulajadi strukturnya, ia menujukkan kesan memori yang dibantu oleh cahaya," kata Pradhan. Sel otak berkaitan cahaya ini "sama dengan sel manusia". Sinaps Optoelektronik yang kami hasilkan amat penting dalam perkomputeran yang berinspirasikan neuromorfik otak. Struktur super ini akan membuka jalan ke arah pembangunan alat optoelektronik yang paling nipis."

Das juga memberitahu bahawa ia juga berpotensi dalam aplikasi pertahanan. 

"Ciri-ciri tersebut boleh juga digunakan untuk membantu penglihatan tentera semasa perang," kata beliau." Tambahan pula, alat kami boleh mengesan, mengenalpasti dan membentuk imej dengan penggunaan tenaga yang rendah dan membuatnya sesuai untuk aplikasi di tapak secara jangka panjang."

Perkomputeran neuromorfik ialah sasaran jangka panjang saintis dimana komputer boleh secara serentak memproses dan menyimpan maklumat seperti otak manusia contohnya dari segi penglihatan. Kini, komputer hanya boleh menyimpan dan memproses maklumat di tempat yang berbeza dan menghadkan prestasinya. 

Untuk menguji kebolehan alat tersebut dalam melihat objek melalui perkomputeran neuromorfik, pengkaji menggunakan eksperiman pengecaman paras muka, kata Thomas. 

"Eksperimen pengecaman paras muka merupakan ujian awal dalam perkomputeran neuromorfik optoelektronik kami," kata Thomas. "Memandangkan alat kami mempunyai fungsi sel otak yang berkaitan penglihatan, pengecaman paras muka merupakan satu ujian penting untuk blok binaan neuromorfik kami." 

Mereka mendapati alat mereka berkebolehan dengan jayanya mengenali potret empat orang yang berlainan. 

Para pengkaji tersebut berkata mereka bercadang untuk menyambung kolaborasi mereka untuk memantapkan lagi alat tersebut termasuk menggunakannya untuk menghasilkan sistem tahap litar. 


Post a comment

0 Comments